jumaat,30/12
9-12pm
DSS
dynamics 1
jumaat,30/12
3-6pm
DSS
thermodynamics 1
selasa,3/1
9-12pm
DSS
manufacturing process
jumaat,6/1
3-6pm
DSS
Islamic studies 2
sabtu,7/1
9-12pm
library
wish me luck..
p/s; pas exam, aku nak main ukulele sampai hebat!

Salim Tasiman..
Penjaga gol Malawi yang amat disanjungi. Kehebatan dan ketangkasan beliau menjaga gawang gol pasukan negaranya, Malawi semasa kejohanan BFF Kawasaki Cup 2010 begitu memberangsangkan. Maka tidak hairanlah beliau mendapat kepercayaan oleh L.Rajagombak untuk menjadi penjaga gol no. 1 Malawi. Beliau bukan sahaja hebat di padang, malahan ketampanan beliau menyebabkan ramai gadis kulit hitam Malawi menggilai beliau. Tetapi sayang, Salim Tasiman sudah punya kekasih hati yang mendapat jolokan nama Kaki Banting kerana beliau memiliki Tumblr yang banyak memaparkan gambar dan kisah hidup beliau bersama Salim Tasiman.
Hari demi hari, nama Salim Tasiman semakin dipuja. Setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malawi, pasti nama Salim Tasiman akan didengari di corong-corong radio mahupun daripada pengulas sukan Denyut Gelanggang, Zainol Abadan Abada.
Tetapi, entah mengapa, taring dan kehebatan Salim Tasiman semacam sudah pudar. Salim Tasiman melepaskan banyak gol-gol mudah ketika menentang satu kelab daripada Peru,Liversnooker. Kelab Liversnooker sememangnya mempunyai ramai pengikut di negara Malawi ini. Mereka sangat fanatic terhadap kelab ini, sehingga menganaktirikan pasukan negara mereka sendiri, yakni Malawi.
Esok Salim Tasiman dan rakan-rakannya akan menanti kunjungan sebuah lagi kelab elit dari Gombak,iaitu Chelaka. Kelab Chelaka juga mempunyai ramai pengikut yang mungkin lebih fanatic dari pengikut pasukan Liversnooker. Kita mengharapkan Salim Tasiman mampu menampilkan persembahan yang lebih berkualiti setaraf dengan kedudukannya selaku penjaga gol no. 1 Malawi.
Sekian, terima kasih.
Ini kisah benar. Aku baru menghidap penyakit "koutaliaphobia". Aku tak minta pon penyakit "koutaliaphobia" ni..aku lebih rela menghidap Bibliophobia, Gerascophobia, Hematophobia ataupun Illyngophobia daripada menghidap "koutaliaphobia".
Semua gara-gara nak sangat kerja part time kat hotel!
Ingatkan dapat la jadi waiter,pakai vest hitam sambil usha gadis-gadis hot dan seksi kat ballroom..
Ingatkan dapat serve makanan & tuang air sirap limau kat meja VIP & VVIP.
Ingatkan dapat hidang sup tulang kat meja awek rambut blonde..
Rupa-rupanya aku kena kerja belakang tabir daa..
tapi itu semua pengalaman..
experience is the best teacher, aite..
dan pengalaman semalam membuatkan bicep aku membesar..^^
Alhamdulillah..
Test pon dah habis, boleh marathon NORA ELENA sampai habis!dah episode 11 skang ni..
P/S-,rakan2 sekalian dimohon utk : Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C) :\ Program Files \ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10 , cari gmbr b,nama J0285926.Anda akan temukan gmbr Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka).Sebaiknya korang delete! Gmbr t,sebut ada di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA!
Kulai (bukan nama sebenar) dulunya seorang ahli sukan yang hebat. Bukan hebat di padang, malah hebat di ranjang dalam kelas juga. Semua pelajar wanita tergila-gilakan Kulai. Maklumlah, Kulai kan kacak lagi bergaya.
Kulai mewakili daerah Seremban dalam sukan bolasepak. Kemahiran beliau menggelecek dan memperkotak katikkan pehak lawan membuatkan beliau digeruni oleh semua orang. Tidak hairanlah beliau mendapat jolokan Kulai the Well Rounded.
Tapi Kulai ada satu rahsia yang sangat besar. Sekiranya rahsia ini tersebar, sudah pasti popularity beliau akan jatuh merudum umpama result test Differential Equation aku . akan tetapi, Kulai bijak menyembunyikan rahsia itu.
Pada suatu hari, Kulai berdating dengan salah seorang peminat nombor 32 nya yang bernama Ratha (bukan nama sebenar). Mereka berdating di The Mines saja, kerana elaun sem 2 Kulai masih belum masuk lagi. Tah bila elaun tu nak masuk, Kulai pon tak pasti. Sedang mereka bersiar-siar di sekitar The Mines, Ratha ternampak kedai makan kegemarannya, yakni VEGETARIAN ONLY (bukan nama kedai sebenar). Ratha mengajak Kulai singgah untuk lunch di situ. Peluh jantan mula membasahi tubuh Kulai. Kulai takut rahsia beliau terbongkar.
Soalan- apakah rahsia yang disorokkan oleh Kulai?
Hint-benda hijau…^_^
p/s- test static pukul 8-9mlm ni..wish me luck!
p/s/s- LU berseronok berholiday,aku berseronok dengan quiz & test..
gambar dari google
Dah seminggu kau tak datang kelas. Seminggu tu jugalah aku pinjam pembaris Harith. Selalu aku pinjam pembaris kau. Aku tanya Teacher Noraishah pasal kau, dia boleh marah kat aku pulak. Jaga tepi kain sendiri, dia kata. Aku senyum kelat,sebab aku tak faham maksud ayat Teacher Noraishah. Mungkin dia period. Sebab tu dia mengarut pasal kain.
Suatu pagi, sedang aku beratur kat kantin nak beli roti coklat, tiba-tiba bahu aku dicuit dari arah belakang. Aku ingatkan kaki pow mana yang nak buli aku,jadi aku buat-buat tak tau sambil berdoa pada tuhan agar aku tak diapa-apakan.
“Palee! Aku panggil kau,bole kau buat dono je. Takkan kau tak rindu kat aku kot..”
Eh,kau dah datang sekolah! Tapi kenapa kau nampak kurus? Apa yang telah terjadi pada kau?
Bersambung..
p/s- nak stdy DE ngan Linear ni..minggu ni ada test..wish me luck bebeh!
p/s/s-tahniah untuk Terengganu jadi juara piala FA..tapi tahun depan piala tu milik SELANGOR!!!
Stadium bukit jalil…
Dah lama aku tak ke sana..
Lama aku tak makan kuaci sambil tangan sebelah pegang horn macam vuvuzela tu..
Lama aku tak beratur panjang beli tiket kat sana..
Lama aku tak menjerit bagai nak gila sampai hilang suara aku untuk 2,3 hari..
Lama aku tak mencarut ke arah pengadil sambil menjerit, PENGADIL BODOH!
Lama aku tak pakai jersi SELANGOR ke sana..
Dem..
Kalaulah SELANGOR yang masuk final malam ni,
Confirm sekarang ni aku dah dalam van, bersesak-sesak ngan kgkawan 1 kampung ke stadium..
Confirm sekarang ni tangan aku tengah pegang bendera merah kuning..
Confirm abang aku tengah hisap rokok di seat hadapan van..
Confirm sepupu aku tengah melalak lagu gergasi merah,nyanyian KRU..
Aku sangat merindui suasana FINAL..
Piala FA dah terlepas..
Insya allah, piala Malaysia SELANGOR yang punya!!!
abang aku yang name Dpek..Ya,kami adik beradik!
p/s-malam ni nak sokong Terengganu!
p/s/s-harap-harap matyo score lagi malam ni..^_^
Seronok kan..
Ke mana kita pergi, ada saja yang menegur..
Pergi zoo, makcik cleaner zoo kenal kita..
Pergi tengok wayang, abang jual popcorn kenal kita..
Pergi klinik, akak tukang bagi MC kenal kita..
Pergi Topman, cashier kenal kita..
Pergi bayar saman, polis yang bertugas kenal kita..
Pergi BUKIT CERAKAH, akak yang sewa basikal kenal kita..
Oh,indahnya dunia…
Next time kalau nak pergi ke bukit cerakah,pergilah pada hujung minggu dan kalau jumpe akak yang sewa basikal, beritahu dia,
“akak,saya ni kawan AZRA AIN.”
Pasti anda akan dapat berbasikal tanpa beratur panjang di hari minggu. Ini kisah benar. Saya telah mengalaminya semalam. Berbasikal selama hampir 2 jam secara percuma hanya dengan menggunakan cara di atas, Cuma saya membawa tuan punya badan yakni cik AZRA AIN sekali lah..hehe.
Lupa pulak. Nama akak tu, kak tipah.time kasih ye akak!
Apa pun, seronok berbasikal dan bantai ½ ayam di Kenny Rogers bersama AZRA AIN, EKA, dan LU. Dan perut aku kembali membulat seperti dulu..
Eka dan Azra