30 November 2011

koleksi buku FIXI


sangat-sangat lama tidak mengupdate blog..
bukan busy, sibuk pun jauh sekali..
aku dilanda kemalasan yang teramat sangat..

ok,cukup..

entri kali ni aku nak promote something..





ya,aku kini meminati novel2 yang berunsur indie..

buku-buku keluaran #Fixi ni aku rasa memang sesuai ngan jiwa aku yang xberapa nak jiwang sangat.dengan gaya bahasa yang bebas dan tak terikat ngan tatabahasa bahasa kebangsaan. kira kalau kau baca buku keluaran #Fixi ni, kau xde la rasa macam kau tengah membaca novel Bukit Kepong ataupun Konserto Terakhir ataupun novel2 KOMSAS yang pernah kau baca masa sekolah menengah dulu.


first novel yang aku baca, Kougar. aku memang tak tahu maksud kougar ni..rupanya maksud kougar ni wanita yang sukakan lelaki yang lebih muda. thanks Izzi!

setakat ke hari ni, aku dah ada buku Kougar, Jerat, Ngeri, Zombijaya, Kasino, Dendam ngan Pecah. banyak la tu kan..

pastu ada 1 lagi buku yang aku rasa kalau kau tak baca, maka kau masih belum layak lagi digelar rakyat Malaysia. nak tau?




ya, buku ini sarat dengan fakta mengenai pasukan bola sepak Malaysia, daripada zaman SuperMokh hinggalah ke zaman SuperSafee. buku ini turut menyelitkan kekesalan penulis terhadap FAM ataupun Sultan Bola yang dilabel sebagai faktor utama kejatuhan bola sepak negara.

kalau rasa2 nak beli buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD), boleh la dapatkan di sini. kalau nak pinjam buku aku pon boleh, xde hal..^^


oh ya, aku juga memiliki Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor. ok bye.

p/s- demam, tolong la kebah!

2 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Ada Kitab terfaktab tu yang aku tumpang bangga.

Aku ada 8 buku fixi. menunggu ke-9 datang ke tangan =)

♥e'in♥ berkata...

bkn buku cinta ea? konfem aku xkn bace.. hahaha..