20 Julai 2011

PENJAGA GOL MALAWI PON ORANG PANGGIL APEX JUGAK!

Salim Tasiman..

Penjaga gol Malawi yang amat disanjungi. Kehebatan dan ketangkasan beliau menjaga gawang gol pasukan negaranya, Malawi semasa kejohanan BFF Kawasaki Cup 2010 begitu memberangsangkan. Maka tidak hairanlah beliau mendapat kepercayaan oleh L.Rajagombak untuk menjadi penjaga gol no. 1 Malawi. Beliau bukan sahaja hebat di padang, malahan ketampanan beliau menyebabkan ramai gadis kulit hitam Malawi menggilai beliau. Tetapi sayang, Salim Tasiman sudah punya kekasih hati yang mendapat jolokan nama Kaki Banting kerana beliau memiliki Tumblr yang banyak memaparkan gambar dan kisah hidup beliau bersama Salim Tasiman.

Hari demi hari, nama Salim Tasiman semakin dipuja. Setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malawi, pasti nama Salim Tasiman akan didengari di corong-corong radio mahupun daripada pengulas sukan Denyut Gelanggang, Zainol Abadan Abada.

Tetapi, entah mengapa, taring dan kehebatan Salim Tasiman semacam sudah pudar. Salim Tasiman melepaskan banyak gol-gol mudah ketika menentang satu kelab daripada Peru,Liversnooker. Kelab Liversnooker sememangnya mempunyai ramai pengikut di negara Malawi ini. Mereka sangat fanatic terhadap kelab ini, sehingga menganaktirikan pasukan negara mereka sendiri, yakni Malawi.

Esok Salim Tasiman dan rakan-rakannya akan menanti kunjungan sebuah lagi kelab elit dari Gombak,iaitu Chelaka. Kelab Chelaka juga mempunyai ramai pengikut yang mungkin lebih fanatic dari pengikut pasukan Liversnooker. Kita mengharapkan Salim Tasiman mampu menampilkan persembahan yang lebih berkualiti setaraf dengan kedudukannya selaku penjaga gol no. 1 Malawi.

Sekian, terima kasih.

4 ulasan:

aleen aiden berkata...

kejadah ape rajagombak?ha3.sengal!

bunga berkata...

hahaha...sengal..pe pom..cayalah..hahaa

~SukEMakAn~ berkata...

errr. pening bace. T_____T

YOUsoF berkata...

HAHAHA... Mungkin Salim dah tertelan banyak sangat pujian kot masa jadi wira dulu...