29 Mei 2011

cerita kontot mamat kontot kuat kentut

Aku kenal kau masa kau daftar masuk tingkatan 2. Baju kau putih sangat. Maklum la,baju baru la katakan. Semua kawan-kawan aku senyum-senyum je pandang kau. Maklum la,ade awek cun masuk kelas 2 Ixora.

Aku tak nafikan,kau memang ayu. Dengan lesung pipit kau yang jelas kelihatan bila kau senyum, lelaki mana yang tak jatuh cinta. Aku memang suka perempuan yang ada lesung pipit ni, macam dalam lagu Black Dog Bone, Gadis Ayu tu..

Hari pertama kau masuk kat kelas, kau duduk sebelah aku. Masa tu Tuhan je yang tahu betapa eksyen dan bangganya aku. Rasa macam dapat duduk sebelah Dato’ Siti Nurhaliza la pulak. Tapi aku tak minat Siti, aku minat Nora.

Semenjak kau duduk sebelah aku, aku semakin bersemangat nak belajar. Aku tahu kau budak pandai. Aku ni budak bebal. Budak bebal mana boleh bercampur ngan budak pandai, itu aku punya anggapan. Sebab tu aku belajar rajin-rajin, nanti boleh la aku ajar kau macam kau ajar aku pecahan dalam kelas matematik.

Makin lama, aku rasa aku dah jatuh cinta la kat kau. Kau marah aku sebab ambil pembaris kau tanpa mintak izin pon, aku rasa macam kau tengah nyanyi untuk aku..kadang-kadang aku saje je nak buat kau marah. Aku suka tengok muka kau masa marah..Comel sangat.

Aku nak bagitahu kat kau yang aku dah jatuh cinta kat kau, tapi aku tak berani. Yela, kau tu pelajar tercantik kat kelas, aku pulak budak biasa-biasa yang tak memiliki rupa, tapi aku memiliki sekeping hati yang ikhlas dan suci.

bersambung...dah ngantuk..


p/s-bila pakai baju saiz S terasa ketat dan sendat serta tidak selesa, ianya membawa maksud ape ye...hmmm

p/s/s-sampai hari ni masih berfikir..tomato tu sayur ke buah sebenarnye?


21 ulasan:

♥ adibah mazlan ♥ berkata...

den komen dulu, jap den baco. kang den komen balik.. hihi
cam pening tajuk kau

♥ adibah mazlan ♥ berkata...

tu maksud kau dah besar sikit.. ahha,
tomato sayur ke buah, aku pun tak tau..

tapi cerita kau mmg meletop..

:)

::dAuZsHaNLeY:: berkata...

eh,ehh..sape eh? hahaha...btw,ape yg aku belajar, tomato adalah sejenis fruit vegetables..

Aizat Azizan berkata...

nak sain bang. abg ni pengarang novel yang terkenal tu kan. keh3.

'yAnA' Cute berkata...

aiks??ape kaitan ngn tajuk tue dak encem MBU??
hahaha...

kena la berani,bru nmpk gentleman cket...hoho...

tomato tue adlh sejenis sayuran yg dipggl buah tomato..hua3 (=

r3d lollip0p ♥ berkata...

can i say.. BOTH? :D

zazaw berkata...

ehkhkeheh..
bengong sungguhhhhh

padle berkata...

adibah mazlan-cerita ni senanye xde penamat pon..aku xtau nk wat ending camne..hehe

padle berkata...

daus-xde sape ar..ni cerite rekaan kot..hehe

padle berkata...

bangjat-amboi..ngutok aku ke weh..hehe

padle berkata...

yana-hehe..ni hanya cerita rekaan okeh..tomato tu fruit vegetable ar..

padle berkata...

red lollipop-ntah la..bole kot..nk panggil sayur buah tomato ke?hehe

padle berkata...

zazaw-aik?tetibe je ko cakap aku bengong...cheis sungguh kamu ni..

saljihitam berkata...

"Tapi aku tak minat Siti, aku minat Nora."

tapi tetap nak test power jugak. hahaha.

eh sedap ke kalau sebut sayur tomato ? :)

Ain Zulaikha berkata...

ohoooooiiiiiii ada ulat dah naik daunnnnnnnnnn hahahhaa... lepas tu mintak couple kan? kan? kan ? tak yah sambung lah dah tahu dah hahahhahah

tapi mmg betullah, lelaki kalau dia tengok perempuan tu dia suka mesti dia nak jadi lagi baik dari perempuan tu ... bagus2.. teruskan sambungan hehe

Mohd Nor Quiyyum berkata...

macam cite sinetron da...

gua minat siti.. baek woo

bunga berkata...

hahhaa..macam2..haaa

Bazilah berkata...

kecik2 dah mat bunge bro :p

salemaziz berkata...

heh. nice la. cite ni tolong la abes kan. cambez je. :D

no komen pasal tomato. aku pon blur2

Anati Soki berkata...

saya nak sambungan cerita ini!! cepat cepat cepat!!!! heheheheheheheheh

kehehehehe
pendapt anat la kan... maksuhd bila pakai baju size S rasa ketat ialah.. PADLE SUDAH GEMOK. KINI TIBA MASA UNTUK BERALIH KE M. keheheheheh

YOUsoF berkata...

macam indah je cerita ni bro..... ;D


Tu tandanya lemak di badan anda sudah berjaya dibiak dengan jayanya.. hahha