11 Oktober 2014

#WWEKUALALUMPUR




Abah yang memperkenalkan aku kepada dunia wrestling ni. Aku start follow dari WWF sampai lah ke WWE. Masa tahun 90' an dulu, Abah memang rajin beli CD wrestling yang jenis cover panjang, pastu tengok ramai-ramai. 

Road Dogg, Xpac, Dudley Boys, Hardy Boys, Lita, Chyna, Too Cool, Rikishi, Goldberg, The Rock, Triple H, Shane McMahon, Banyak lagi lah wrestler yang aku kenal, Nak tunjuk yang aku kenal sangat wrestler ni sampaikan themesong diorang baru je start, aku dah tahu dah wrestler mana yang akan keluar. Macam tu sekali aku punya minat pada wrestling.

Tapi, sejak habis sekolah sampai lah aku dah habis degree, aku dah tak follow WWE ni. Satu, sebab aku dah jarang tengok wrestling kat TV. Dua, Wrestler yang otai-otai ramai yang dah pencen, membuatkan aku tak kenal dah wrestler yang baru-baru ni. Jadi aku pun dah malas la nak follow WWE.

3 minggu lepas, duk heboh kat radio pasal WWE nak datang Malaysia. John Cena dengan Big Show join sekali. Aku agak teruja nak pegi, tapi lepas cek harga tiket, terus tak jadi nak beli pastu pulak aku tengah serabut dengan FYP jadah bagai. So aku pun let go je lah event tu.

Sampai lah pada 8 Oktober 2014.






"hadiah barang dah banyak sangat, so I kasi U hadiah experience"

Time tu dalam hati memang happy, rasa macam nak menjerit pun ada jugak. Tapi aku buat-buat cool je, hihi

Memang gempak lah Jumaat lepas punya event. John Cena memang power, Big Show memang besar gila, Sheamus putih melepak.

Buat awak, terima kasih sangat-sangat. :)

Im gonna tell my kids about this.


09 Oktober 2014

Mengenang Memori

Dah empat tahun bersama, 

Ada yang enam tahun, dan ada yang dah lapan tahun.

Lepas ni tak tahu boleh lepak bersama lapan orang atau tidak. 




Esok hari terakhir duduk di #KelompokKita sebelum serah kunci pada Tuan Rumah. 

Ah, cepat betul masa berlalu. 








































Semoga kita semua berjaya, InsyaAllah. :')

11 September 2014

Lagi Sikit.

video

Tak tahu nak kata apa sebenarnya.

Lega. Lega sebab semuanya berjalan lancar.

Puas. Puas sebab dapat jugak buat.

Takut. Sebab banyak lagi yang belum selesai.

Ok, dah nak habis dah. Sikit je lagi, insyaAllah.