23 Julai 2011

kau kutuk defender malaysia,macam kau hebat sangat


tak dinafikan,

memang semua kecewa dengan kekalahan malaysia di tangan singapura.

tapi adat lah tu kan..takkan asyik nak menang je..barcelona pon pernah kalah..

tapi yang tak sedapnya, kat twitter tak abes-abes nak kutuk player malaysia, especially defender kita..

kmon la brader..diorang dah cuba yang terbaik..bukannya diorang duk tengok je player singapore tu shoot bola..

gua bukan bias walaupun Asraruddin Putra tu defender Selangor..

gua bukan bias,walaupun Safiq Rahim tu player Selangor..

gua bukan bias,walaupun Safee Sali tu ex-player Selangor..

kita belum kalah lagi ar..

ada second leg khamis depan kat bukit jalil..

sape2 yang duk kutuk malaysia tu, kalau berani turun bukit jalil la nanti.. Lu orang goyang apa?
kalau goyang kasi potong la orang 'punya' bagi anjing makan la...

pesanan dari member gua,

itu kubu mesti mau tampal balik mana-mana yang retak,kasi simen balik! Go Tigers Go!




budak ni nak cakap yang MALAYSIA BOLEH sebenarnya..



20 Julai 2011

PENJAGA GOL MALAWI PON ORANG PANGGIL APEX JUGAK!

Salim Tasiman..

Penjaga gol Malawi yang amat disanjungi. Kehebatan dan ketangkasan beliau menjaga gawang gol pasukan negaranya, Malawi semasa kejohanan BFF Kawasaki Cup 2010 begitu memberangsangkan. Maka tidak hairanlah beliau mendapat kepercayaan oleh L.Rajagombak untuk menjadi penjaga gol no. 1 Malawi. Beliau bukan sahaja hebat di padang, malahan ketampanan beliau menyebabkan ramai gadis kulit hitam Malawi menggilai beliau. Tetapi sayang, Salim Tasiman sudah punya kekasih hati yang mendapat jolokan nama Kaki Banting kerana beliau memiliki Tumblr yang banyak memaparkan gambar dan kisah hidup beliau bersama Salim Tasiman.

Hari demi hari, nama Salim Tasiman semakin dipuja. Setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malawi, pasti nama Salim Tasiman akan didengari di corong-corong radio mahupun daripada pengulas sukan Denyut Gelanggang, Zainol Abadan Abada.

Tetapi, entah mengapa, taring dan kehebatan Salim Tasiman semacam sudah pudar. Salim Tasiman melepaskan banyak gol-gol mudah ketika menentang satu kelab daripada Peru,Liversnooker. Kelab Liversnooker sememangnya mempunyai ramai pengikut di negara Malawi ini. Mereka sangat fanatic terhadap kelab ini, sehingga menganaktirikan pasukan negara mereka sendiri, yakni Malawi.

Esok Salim Tasiman dan rakan-rakannya akan menanti kunjungan sebuah lagi kelab elit dari Gombak,iaitu Chelaka. Kelab Chelaka juga mempunyai ramai pengikut yang mungkin lebih fanatic dari pengikut pasukan Liversnooker. Kita mengharapkan Salim Tasiman mampu menampilkan persembahan yang lebih berkualiti setaraf dengan kedudukannya selaku penjaga gol no. 1 Malawi.

Sekian, terima kasih.

15 Julai 2011

aku pakai jersi malaysia,kenapa kau tak BOO aku?

sial la..ptuih!

video

kalau buffer lambat sangat, klik je sini..kalau xboleh tengok gak....

sial la..ptuih!


kebetulan aku dapat training pass free smlm..siap ade lebih 1 lagi...

kebetulan aku pakai baju andy warhol..

kebetulan petang tu jersi Harimau Malaya aku xkering lagi..

kebetulan jugak macha tu pakai baju man utd..

kebetulan jugak tahun ni man utd takde buat tour kat malaysia..

kebetulan jugak lah macha ni kena tibai..

sial la..ptuih!


lu dah salah langgar tempat orang, brader...

nasib baik dorg tak kasi abes je kat lu..

tu belum abang long dil masuk campur lagi..

kalau tak confirm dah arwah punye...


tapi gua berbulu betul la..

sukati dia lah nak pakai baju ape pon g stadium..

kalau lu sume piss off ngan dia, xpayah la nak malukan die kaw2..

sial la..ptuih!


tapi brader2 yang pakai jersi malaysia,

awek2 hot rambut blonde pakai skinny biru n berjersey malaysia,

mat2 indon pakai baju ed hardy celup sambil jerit kat wartawan soh amek gamba die,

lu orang xde lak nak sound mereka2 itu...

lu orang xsuruh lak awek tu tanggalkan pakaian mereka..

gua tensi la camni...

sial la..ptuih!



p/s-esok gua nak join relay for life kat UKM ngan LU..jom support cancer patient!






10 Julai 2011

SKINNY TOPMAN UNTUK DIJUAL!







MARI MARI! LELONG LELONG!

SAYA MAHU MENJUAL SKINNY KESAYANGAN SAYA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT.

ALASAN-DAH TAK MUAT..BADAN SEMAKIN MEMBESAR!







SAIZ- 30,TAPI SAIZ 29 PON BOLEH MUAT RASANYA..

KONDISI-TIP-TOP.TIADA SEBARANG KECACATAN.

HARGA-RM85 TAPI BOLEH NEGO..

SESIAPA YANG MAHU BOLEHLAH MENGHANTARKAN KOMEN ANDA
PADA ENTRI INI ATAUPUN BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN INI 019-3703990.


thanx!





agak-agak aku boleh kena tangkap tak?




salam hari ahad.



ini hanyalah pandangan aku..




-tak payah la nak marah & mengamuk tak tentu pasal kalau cuti anda dibekukan. itu memang tanggungjawab anda untuk mengawal keamanan negara.

-kalau tak sanggup nak pikul tanggungjawab, pakai baju pagoda lebih sesuai dari pakaian itu.

-pergi secara aman, kenapa dibalas sampai sedemikian?

-mereka guna kotak suara sebagai senjata, kenapa tidak anda?

-mereka datang dengan satu harapan, tapi mereka pulang dengan penuh luka dan lebam di badan. apa cerita?

-sekarang zaman sudah moden. kalau anda baling batu, anda takkan dapat sorok dari kami.




no offence.have a nice day!


p/s-mata gua berkaca tengok MIA SARA AMANI kena marah dengan LISA SURIHANI kat muvi SEKALI LAGI. tapi abang tetap minat adik AMANI sampai bila-bila!

01 Julai 2011

NORA ELENA, KL GANGSTER, MALAYSIA VS TAIWAN



tengah panggil budak-budak shark nak pancung jai

kawan baik,macam ajib & malek

muke puas dapat pancung shark

ABANG LONG JIL IN DA HOUSE YAWW!!


p/s-bila bola,nora elena & kl gangster bersatu, memang haru biru jadinya..

p/s/s- pengaruh seth tan menguasai diri ini..dem!