26 Mei 2011

ANDAI DIA JADI MILIKKU


bukak lagu ZIVILIA-AISHITERU sebelum meneruskan pembacaan.


Kita satu kelas dari darjah satu lagi. Sama-sama belajar matematik. Sama-sama berdiri atas kerusi sebab berborak masa kelas. Masa tu aku tak kenal apa itu cinta. Aku cuma rasa yang aku pergi sekolah semata-mata untuk bertentang mata dengan kau.

Kau budak yang pandai, cikgu selalu puji kau. Aku pulak budak bebal, cikgu selalu marah aku. Tapi kau selalu support aku. Aku ingat lagi nasihat kau dulu.

“besar nanti kita sama-sama jadi cikgu tau. Aku jadi cikgu muzik,kau jadi cikgu matematik.”

Aku tak tahu kenapa kau suruh aku jadi cikgu matematik, padahal aku ni lembab dalam kira-kira.

Satu malam, aku tengok cerita Titanic ngan mama. Aku tengok lelaki tu peluk perempuan yang berlakon dalam cerita tu. Aku tanya mama.

“Mama, adik nak peluk A***** macam lelaki tu boleh tak?”

Mama menggeleng kepala sambil tersenyum.

Keesokan harinya, selepas perhimpunan, aku berjalan beriringan dengan dia. Tanpa segan silu aku bertanya.

“kau tengok cerita malam tadi tak?”

“tengok,tapi ayah kite suruh kite tido awal.”

“kau tengok sampai mana?”

“sampai lelaki tu peluk perempuan tu.”

“aku pun tengok sampai situ jugak,pastu….”

Kau memelukku erat-erat, tanpa sempat aku menghabiskan ayatku.

“kenapa kau peluk aku?”

“tak tau.”

Aku terharu.

Sepanjang kelas,aku asyik tersenyum sendiri mengenangkan kejadian itu.

Keesokan harinya, aku datang ke kelas seperti biasa. Tapi aku membawa sekeping kad berbentuk hati yang aku buat khas untuk kau. Mama pun tak tahu yang aku tidur lewat malam tadi semata-mata nak menyiapkan kad itu.Dalam kad tu tertulis semua angan-angan dan impian aku bersama kau. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau.

Tiba-tiba pengetua datang ke kelas aku.





“Selamat pagi murid-murid. Cikgu nak beritahu satu berita buruk. Kawan kamu, A***** telah meninggal dunia malam tadi,akibat penyakit jantung berlubang. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.”




Kad berbentuk hati terjatuh dari peganganku. Pandanganku terasa gelap.

Kenapa kau pergi secepat ini? Setelah begitu banyak kenangan indah dan manis yang kita cipta bersama, segala memori yang kita cipta, kau pergi meninggalkan aku.

Yang paling aku sedih, kau pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesananan untukku.

Aku pasrah. Ini semua adalah kehendak-Nya. Namun, walau apa pun keadaannya, aku mahu kau tahu, yang aku benar-benar menyayangimu, ATIKAH..




Siap!!

Inilah taruhan aku untuk contest JIKA DIA JADI MILIKKU

anjuran cik ADIBAH MAZLAN & ABE LONG.


Aku nak tag:

Sherinarinzz

Livelaughloveofaida

p/s-aku tetap sayang LU.

p/s-mintak maaf kat sesape yang rasa tertipu ngan entri aku pasal KISAH KAWAN YANG PERGI tu..member aku masih sihat walafiat lagi..belum arwah pon..sorry ye..^_^

14 ulasan:

K berkata...

pergh! menang lagi la nampak nye XD

Mohd Nor Quiyyum berkata...

innalillahhiwainnalillahirajiun..

semoga roh ditempatkan dalam kalangan org beriman dan beramal soleh.

gud luck bro :D

Nadia Mashuri berkata...

aku dah hampir2 nak nagis..
gud luck bro!!
=)

zazaw berkata...

gud luckkkkkk

Miera Hassan berkata...

wei, cite betul ke tipu ni???

gud luck la..

funnyfreaks berkata...

HAHA sangat terharu lah GOOD LUCK lah padle -,-

Lya Amie berkata...

ceit,, baru nak feeling tetiba tuk contest lak .. nway gudluk ..

Anati Soki berkata...

walaweyh... story baik punya dooowh!!! layan oooowh.. moga menng!

A.s.t.i.n.a berkata...

dijemput hadir seantero blog nikah sis kat kuching 11 Jun... permintaan rasmi: sila klik attend walau sekiranya not attending... herher baiklah...


http://www.facebook.com/home.php#!/event.php?eid=212267882139695

Aizat berkata...

pergh pedal da jadi pengarang novel skang

saljihitam berkata...

terkena aku. dasat la kau. good luck :D

Unknown berkata...

hehe berbakat ! gud luck ;)

Miss b berkata...

pergh

ternyata kau berbakat. mungkin kerana kau baca novel.

cish

aku pon x mampu nak wat cerita cmni. dem.

Tanpa Nama berkata...

SAYA SEDANG BUAT PENELITIAN TENTANG KONTEZ AWAK PADA PUKUL 3:12AM 1JUNE2011
SEMOGA BERJAYA