27 Mei 2012

Entri Bulan Mei

Jangan ditanya mengapa blog ini sunyi tanpa ada update selama sebulan.
Aku sibuk, sangat sibuk dengan kehidupan di luar daripada alam maya yang serba palsu ini.
Terlalu banyak perkara yang aku lakukan pada bulan Mei,sehinggakan  aku tak mampu nak up waima satu entri pun untuk dikongsi bersama.
Jadi, aku kasi rangkum semua aktiviti aku dalam satu entri.Mudah,cepat,efisen,BERSIH. Eh?

1- aku secara tak rasmi menjadi baby sitter kepada budak nakal bernama Nur Auni Ulfah yang sebaya dengan Sophia Isabella.. anda bukanlah seorang yang menyayangi kanak-kanak kalau tak kenal Sophia Isabella,yakni anak Sheikh Muzaphar.




2- KL Tower International Day Night Towerthon Challenge 2012
      Inilah salah satu kerja gila yang aku takkan buat lagi sampai bila-bila. Kau bayangkan, masa kat Saser nak naik tangga balik hostel yang 3tingkat tu pun dah malas, ini pula nak naik tangga sampai puncak Menara KL? satu tingkat di Menara KL bersamaan EMPAT tingkat bangunan biasa. sumpah aku takkan buat kerja gila ni lagi






3- Ukulele Baru
    Ya, aku dah beli ukulele baru, hasil jualan ukulele yang lama. Nak kata puas hati tu memang la, tapi kalau dah nama pun manusia biasa, aku rasa macam nak jual la Uke ni, beli yang lain..ada sesiapa berminat?




 4- Kek Batik
     Sepanjang aku duduk di rumah, inilah juadah wajib aku tak kira la sarapan, lunch, dinner, supper, mahupun selepas balik jogging. Percaya tak satu loyang ni, tiga suku aku sorang yang habiskan?




Dah la tu. Panjang semacam lak entri aku ni.. Esok dah start sem baru, jadi semangat harus baru! doakan pointer saya naik sem ini, amiiiiiiiinnnnnnnn.


p/s- Rindu Ulfah..:(




23 April 2012

Bercerita Soal Mati

Maaf, entri agak serius.

Jumaat lepas,20 April 2012, aku kehilangan atuk, menjadikan aku sebagai cucu yang tidak lagi memiliki atuk dan nenek.

Aku duduk sebelah mama masa pak Imam baca Talkin. tiba-tiba aku jadi sebak. Aku cuba untuk tenangkan diri tapi gagal, lalu aku menangis semahu-mahunya. Mama menenangkan aku, tapi airmata tetap mengalir laju.

Memang aku sedih sebab kehilangan atuk, tapi bukan itu sebab utama aku menangis ketika itu.

Aku menangis sebab aku membayangkan kalaulah mama atau abah, atau along mahupun adik aku yang pergi meninggalkan aku dulu. Cukup kuat ke aku tuk terima kenyataan yang semacam tu? aku tak sekuat Hidayah, aku tak sekuat Azra Ain. Aku tak tahu macam mana mereka kumpul kekuatan untuk terima hakikat yang mereka dah kehilangan ibu bapa.

Aku tak berani nak cerita kat mama kenapa aku menangis hari tu. Aku takut nanti mama pun nangis sama.

Jadi, pengajaran daripada entri ini, hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa.

Mama,Abah,Along,Adik, Angah sayang semua!





22 April 2012

I Quit!

Ahad, 22 April 2012.

Aku mengakhiri karier sebagai jurujual bundle dengan jayanya. Selepas ini, aku akan lebih foku kepada pembaikan semula berat badan dan tahap kecergasan diri. 2 bulan kerja, berat dah naik sampai 5 kilo. Gila betei.

Buat Boss, terima kasih sebab memberi kepercayaan kepada saya untuk bekerja dengan Boss. Maafkan saya kalau ada salah silap. Minta halalkan tshirt adidas, western shirt 2 helai, dan 2 roll tisu tandas ye.

Minggu yang sangat mencabar..Kehilangan atuk, tawaran ke Stoke City, volunteer di Energizer Night Race, Celcom buat hal, Selangor menang lawan Johor FC,macam-macam lagilah!

p/s- Ukulele telah dijual, harap maklum

17 April 2012

Menikmati Saat Terakhir Sebagai Part-timer




Ya, dalam tempoh kurang dari seminggu, aku akan kembali bebas, bebas untuk melakukan aktiviti yang tak dapat aku lakukan di petang hari selama 2bulan, iaitu bersukan, tidur, main PES, dan lain-lain. Diharapkan aku dapat mengembalikan kembali stamina yang dah semakin susut dek kerana makan burger ayam double cheese black pepper tetiap malam di gerai burger sebelah bundle aku.

Dan dalam tempoh kurang 2 minggu lagi aku akan pulang ke kampung halaman! orang putih cakap, home sweet home.

Dan dalam tempoh kurang 2 minggu lagi aku bakal membeli ukulele baru! kau ingat dak-dak oversea je boleh beli gitar baru? aku pun boleh la! kasi sneak peak sketttt












p/s- sweater dah uzur. Jadi?