27 Mei 2012

Entri Bulan Mei

Jangan ditanya mengapa blog ini sunyi tanpa ada update selama sebulan.
Aku sibuk, sangat sibuk dengan kehidupan di luar daripada alam maya yang serba palsu ini.
Terlalu banyak perkara yang aku lakukan pada bulan Mei,sehinggakan  aku tak mampu nak up waima satu entri pun untuk dikongsi bersama.
Jadi, aku kasi rangkum semua aktiviti aku dalam satu entri.Mudah,cepat,efisen,BERSIH. Eh?

1- aku secara tak rasmi menjadi baby sitter kepada budak nakal bernama Nur Auni Ulfah yang sebaya dengan Sophia Isabella.. anda bukanlah seorang yang menyayangi kanak-kanak kalau tak kenal Sophia Isabella,yakni anak Sheikh Muzaphar.




2- KL Tower International Day Night Towerthon Challenge 2012
      Inilah salah satu kerja gila yang aku takkan buat lagi sampai bila-bila. Kau bayangkan, masa kat Saser nak naik tangga balik hostel yang 3tingkat tu pun dah malas, ini pula nak naik tangga sampai puncak Menara KL? satu tingkat di Menara KL bersamaan EMPAT tingkat bangunan biasa. sumpah aku takkan buat kerja gila ni lagi






3- Ukulele Baru
    Ya, aku dah beli ukulele baru, hasil jualan ukulele yang lama. Nak kata puas hati tu memang la, tapi kalau dah nama pun manusia biasa, aku rasa macam nak jual la Uke ni, beli yang lain..ada sesiapa berminat?




 4- Kek Batik
     Sepanjang aku duduk di rumah, inilah juadah wajib aku tak kira la sarapan, lunch, dinner, supper, mahupun selepas balik jogging. Percaya tak satu loyang ni, tiga suku aku sorang yang habiskan?




Dah la tu. Panjang semacam lak entri aku ni.. Esok dah start sem baru, jadi semangat harus baru! doakan pointer saya naik sem ini, amiiiiiiiinnnnnnnn.


p/s- Rindu Ulfah..:(




4 ulasan:

Bazilah berkata...

comel gila baby, dah boleh berenang mcm isabella tak? ;p

::rinzz A:: berkata...

weh...ko buat sendiri ke kek batik tuh???

kay_are berkata...

aku suke baby tapi taktau name anak dr shk muzafar tu.. dapat pingat kire ok r tu bro.. cantik pe ukulele tu nape nak jual lagi.. baru dapat kan.. kek batik! memang feveret sejak dulu!

Akin Amar berkata...

hahahaaa mane si padle ni menghilang ni??
Salam Ramdhan Al-Mubarak Padle :)