04 Mac 2012

EPISOD DUKA DI HARI SABTU



Ape perasaan kau, bila kau masuk shoping kompleks, pastu ade satu kedai tu buat offer barang baekkk punye,then kau pun dengan eksaitednye terus sambar barang tu dan dah keluarkan wallet untuk beli barang tu, pastu tiba-tiba cashier tu cakap,


"barang ni cuma untuk yang ada member card je."


boleh bayangkan perasaan aku tak?

aku dah masuk fitting room dekat 4,5 kali kot untuk cuba try test skinny jeans tu, sampai brader yang jaga entrance fitting room tu pun dah malas nak layan aku.

lain kali, kasi tau la awal-awal kalau kau buat promo untuk member je lahanatt..takde la aku terhegeh-hegeh menerai (mencuba) skinny jeans tu..





p/s- Lelaki Atas ( translate ler sendiri ke bahasa inggeris), kau memang jilaka.


27 Februari 2012

RAGAM SI KAKI BUNDLE


Jumaat,4.35petang.
lokasi- Premium Bundle, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi


akak 1 - dik, akak nak carik jeket tebal ada jual tak?

aku - ade je kat belakang tu, tapi tak banyak la kak. Tengok-tengok la dulu ye
(sambil baca buku Fixi Kelabu)

akak 2 - kau nak carik yang tebal macamane Senah?Ade tebal macam lipstik aku tak?

akak 1 - kalau boleh, aku nak tebal lagi la Ani. aku dengar cerita masa kita nak pergi nanti tu, tengah musim sejuk kata laki aku.

akak 2 - kau biar betul ni? tak pernah pulak aku dengar tempat tu ada musim sejuk

akak 1 - kau tak percaya, takpe lah. tapi nanti kalau kau kesejukan kat sana, jangan haraplah aku nak kasi pinjam jeket tebal aku ni.

akak 2 - .......

aku - (meneruskan pembacaan buku Fixi #Kelabu)


setelah berpuas hati, akak 1 membuat transaksi pembayaran


aku - terima kasih ye kak. saya jual jeket tebal ni.

akak 1 - takde hal la dik. akak memang minat barang-barang bundle ni ( dialog ni aku reka)

aku - akak nak pergi mana ni kak? dah macam nak pegi main salji je beli jeket tebal2 ni

akak 1 - kitorang baru dapat surat dari tabung haji. Alhamdulillah, hujung tahun ni dapatlah akak pegang title "Hajjah".

akak 2 - dah lama kitorang tunggu nak pergi Mekah tau dik. dapat jugak akhirnye g Haji.


aku tersenyum sendirian. mungkin ini trend terbaru agaknye, pakai jeket tebal ke tempat yang bukan musim sejuk.


p/s- gua tau sekarang gua da tak boleh nak jumpe LU selalu, tapi LU kena ingat, yang gua takkan pernah lupa kat LU, sebab gua sayang sangat kat LU.

Gua sanggup terjun demi LU..erk?

16 Februari 2012

gua gayat naik kapal terbang!

--salute sama mereka yang larat naik pesawat sampai berbelas-belas jam..gua yang naik pesawat tak sampai stgh jam pun dah nak cramp tulang pinggul ni..

p/s- walaupun gua tak reti berenang, tapi gua reti surfing..lu orang ada?




03 Februari 2012

KENAPA KALAU?

*gambar diambil dari google



kenapa kalau kau suka tengok video kanak-kanak comel di youtube, kau akan digelar PEDO oleh kawan-kawan kau?

kenapa kalau kau makan megi atau mee segera, kau akan dilabel miskin atau save budget?

kenapa kalau kau minum air suam atau air kosong, kau akan dituduh jimat duit?

kenapa kalau kau ramai kawan perempuan, kau akan dilabel playboy?

kenapa kalau kau punya ramai follower di twitter atau blog, kau dianggap 'retiss' atau popular?

kenapa kalau kau dengar lagu "cinta muka buku", kau akan sing along lagu tu,walaupun di dalam hati, meskipun kau tak suka dengan penyanyi lagu tu?

kenapa kalau aku pergi MPH beli novel guna baucer buku 1Malaysia, gadis-gadis akan usha aku dengan pandangan yang sangat annoying?

kenapa kalau?