07 Jun 2011

Wordless Wednesday #WW





Maksud Wordless Wednesday :


Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

04 Jun 2011

UNTUNG LAH SEMUA KENAL KAU..


Seronok kan..

Ke mana kita pergi, ada saja yang menegur..


Pergi zoo, makcik cleaner zoo kenal kita..

Pergi tengok wayang, abang jual popcorn kenal kita..

Pergi klinik, akak tukang bagi MC kenal kita..

Pergi Topman, cashier kenal kita..

Pergi bayar saman, polis yang bertugas kenal kita..

Pergi BUKIT CERAKAH, akak yang sewa basikal kenal kita..



Oh,indahnya dunia…

Next time kalau nak pergi ke bukit cerakah,pergilah pada hujung minggu dan kalau jumpe akak yang sewa basikal, beritahu dia,

“akak,saya ni kawan AZRA AIN.”

Pasti anda akan dapat berbasikal tanpa beratur panjang di hari minggu. Ini kisah benar. Saya telah mengalaminya semalam. Berbasikal selama hampir 2 jam secara percuma hanya dengan menggunakan cara di atas, Cuma saya membawa tuan punya badan yakni cik AZRA AIN sekali lah..hehe.

Lupa pulak. Nama akak tu, kak tipah.time kasih ye akak!

Apa pun, seronok berbasikal dan bantai ½ ayam di Kenny Rogers bersama AZRA AIN, EKA, dan LU. Dan perut aku kembali membulat seperti dulu..



Eka dan Azra



gua dan LU

Ini kawan baik AZRA SIGNBOARD


inilah hasilnya selepas penat berbasikal




p/s-lepas ni nak main LASER TAG pulak kat i-city! Sape tak tau laser tag tu menatang apa,boleh refer di sini.

02 Jun 2011

cerita kontot mamat kontot kuat kentut PART 2

iklan-sila lah ambil banner di atas. aku tak marah pun


baca part 1 di SINI.


*******

Dari tadi aku duk tengok kau makan nasi goreng tu. Selera betul. Kawan-kawan kau yang tak berapa nak cun tu makan sopan je, tapi kau tak macam tu. Kau makan macam lah kau tu kerja kat sawah padi, padahal tadi kelas geografi Cikgu Asnah je.Gelojoh betul kau makan. Kawan-kawan kau gelakkan kau pun,kau buat derrkk je.


Lepas rehat, kau balik ke kelas kekenyangan. Aku yang duduk sebelah kau ni, kau buat tak layan je bile aku nk pinjam pembaris. Bukan tak layan je, kau siap sendawa kat aku. Tapi aku tak marah. Aku suka.


Cikgu Shahrul datang ke kelas membawa sebatang kapur, dan seluar slack hitam yang penuh dengan debu-debu kapur. Dia ni kalau mengajar,tak sah salau tak bersandar kat tempat letak duster kat papan hitam. Sebab tu tang punggung dia selalu ada garisan warna putih.

“Today I have a meeting. Please do revision and, Ketua kelas, catit nama pelajar yang buat bising.”


Yes! Inilah masanya. Boleh aku luangkan masa study matematik dengan kau. Maklum lah,aku ni bebal matematik. Main gitar lagu Aishiteru boleh la.


Tiba-tiba kau berlari keluar dari kelas. Kenapa kau macam tergesa-gesa sangat? Aku baru je keluarkan buku teks. Takkan kau dah taknak kawan aku lagi?


Bersambung….


******


p/s-tomato adalah sejenis buah ye kawan-kawan..

p/s/s-bagaimana pula dengan jagung?

p/s/s- aku nak berbasikal ke CERAKAH sabtu ni.sapa2 yang free, jom kita pergi ramai-ramai!

01 Jun 2011

Wordless Wednesday #WW









Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entri mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. biar gambar itu sahaja yang menceritakan segala-galanya tanpa anda semua bagi penjelasan .

^_^