02 Jun 2011

cerita kontot mamat kontot kuat kentut PART 2

iklan-sila lah ambil banner di atas. aku tak marah pun


baca part 1 di SINI.


*******

Dari tadi aku duk tengok kau makan nasi goreng tu. Selera betul. Kawan-kawan kau yang tak berapa nak cun tu makan sopan je, tapi kau tak macam tu. Kau makan macam lah kau tu kerja kat sawah padi, padahal tadi kelas geografi Cikgu Asnah je.Gelojoh betul kau makan. Kawan-kawan kau gelakkan kau pun,kau buat derrkk je.


Lepas rehat, kau balik ke kelas kekenyangan. Aku yang duduk sebelah kau ni, kau buat tak layan je bile aku nk pinjam pembaris. Bukan tak layan je, kau siap sendawa kat aku. Tapi aku tak marah. Aku suka.


Cikgu Shahrul datang ke kelas membawa sebatang kapur, dan seluar slack hitam yang penuh dengan debu-debu kapur. Dia ni kalau mengajar,tak sah salau tak bersandar kat tempat letak duster kat papan hitam. Sebab tu tang punggung dia selalu ada garisan warna putih.

“Today I have a meeting. Please do revision and, Ketua kelas, catit nama pelajar yang buat bising.”


Yes! Inilah masanya. Boleh aku luangkan masa study matematik dengan kau. Maklum lah,aku ni bebal matematik. Main gitar lagu Aishiteru boleh la.


Tiba-tiba kau berlari keluar dari kelas. Kenapa kau macam tergesa-gesa sangat? Aku baru je keluarkan buku teks. Takkan kau dah taknak kawan aku lagi?


Bersambung….


******


p/s-tomato adalah sejenis buah ye kawan-kawan..

p/s/s-bagaimana pula dengan jagung?

p/s/s- aku nak berbasikal ke CERAKAH sabtu ni.sapa2 yang free, jom kita pergi ramai-ramai!

14 ulasan:

ladymiss berkata...

budak tu sakit perut nk g toilet yess pandainyee aku sambung cerita kau ni haha

PADLE berkata...

hak3..aku pon xtau la..boleh jadi jugak tu..

Anati Soki berkata...

skrg mmg musim org berbasikal ke yul?? anat tkg banyak giler skunk org naik fixie bike.. pergh.. smart kot...
sambungan nya.. budak tuh cirit dlm suar.. muahahahaha

. berkata...

sambungan ..

"aku taleh tengok bku teks ! muntah hijau !!"

wekkkkk !!!!

hahahaha

ieka.H berkata...

sambungan..
pastu si 'kau' berlari mengejar cikgu shahrul untuk mengelap punggungnya yg ada kesan kapur putih tu..haha

ha'ah tomato tu buah buahan manakala jagung pula sayur sayuran..kekeke

ellieandcarl'sstories berkata...

sat2 abeno nye fes tima kat sini.. nak tnya ni novel yang bersambg ke ape..???

Syahirah Rasdi berkata...

mmg blur nk sambung hape ye??hurmm..

salemaziz berkata...

hallamak..haha!! cepat tol da besambung..:P
jagung tu buah!

Unknown berkata...

wah aishiteru hehe tetiberkan

maen basikal?nk ikut ! :D

cik azeya berkata...

dia nak kentut kot. ahahaha.

nak naik basikal? aku tak reti naik basikal. ajarkan. -_-'

Mohd Nor Quiyyum berkata...

bukit cerakah je.. lepak tempat lain pulak...

Ain Zulaikha berkata...

rasanya mungkin dia baru teringat ada awek tengah tunggu dia lupa nak jumpa hahha

Syafiqah. berkata...

twitt.. aku teringt ckgu shahrul! hahahaa.. bongek la ko.

saljihitam berkata...

Aishiteru Aishiteru.

menda gop??

hahaha. sedap sangat ke Aishiteru tu ?