29 Mei 2011

cerita kontot mamat kontot kuat kentut

Aku kenal kau masa kau daftar masuk tingkatan 2. Baju kau putih sangat. Maklum la,baju baru la katakan. Semua kawan-kawan aku senyum-senyum je pandang kau. Maklum la,ade awek cun masuk kelas 2 Ixora.

Aku tak nafikan,kau memang ayu. Dengan lesung pipit kau yang jelas kelihatan bila kau senyum, lelaki mana yang tak jatuh cinta. Aku memang suka perempuan yang ada lesung pipit ni, macam dalam lagu Black Dog Bone, Gadis Ayu tu..

Hari pertama kau masuk kat kelas, kau duduk sebelah aku. Masa tu Tuhan je yang tahu betapa eksyen dan bangganya aku. Rasa macam dapat duduk sebelah Dato’ Siti Nurhaliza la pulak. Tapi aku tak minat Siti, aku minat Nora.

Semenjak kau duduk sebelah aku, aku semakin bersemangat nak belajar. Aku tahu kau budak pandai. Aku ni budak bebal. Budak bebal mana boleh bercampur ngan budak pandai, itu aku punya anggapan. Sebab tu aku belajar rajin-rajin, nanti boleh la aku ajar kau macam kau ajar aku pecahan dalam kelas matematik.

Makin lama, aku rasa aku dah jatuh cinta la kat kau. Kau marah aku sebab ambil pembaris kau tanpa mintak izin pon, aku rasa macam kau tengah nyanyi untuk aku..kadang-kadang aku saje je nak buat kau marah. Aku suka tengok muka kau masa marah..Comel sangat.

Aku nak bagitahu kat kau yang aku dah jatuh cinta kat kau, tapi aku tak berani. Yela, kau tu pelajar tercantik kat kelas, aku pulak budak biasa-biasa yang tak memiliki rupa, tapi aku memiliki sekeping hati yang ikhlas dan suci.

bersambung...dah ngantuk..


p/s-bila pakai baju saiz S terasa ketat dan sendat serta tidak selesa, ianya membawa maksud ape ye...hmmm

p/s/s-sampai hari ni masih berfikir..tomato tu sayur ke buah sebenarnye?


26 Mei 2011

ANDAI DIA JADI MILIKKU


bukak lagu ZIVILIA-AISHITERU sebelum meneruskan pembacaan.


Kita satu kelas dari darjah satu lagi. Sama-sama belajar matematik. Sama-sama berdiri atas kerusi sebab berborak masa kelas. Masa tu aku tak kenal apa itu cinta. Aku cuma rasa yang aku pergi sekolah semata-mata untuk bertentang mata dengan kau.

Kau budak yang pandai, cikgu selalu puji kau. Aku pulak budak bebal, cikgu selalu marah aku. Tapi kau selalu support aku. Aku ingat lagi nasihat kau dulu.

“besar nanti kita sama-sama jadi cikgu tau. Aku jadi cikgu muzik,kau jadi cikgu matematik.”

Aku tak tahu kenapa kau suruh aku jadi cikgu matematik, padahal aku ni lembab dalam kira-kira.

Satu malam, aku tengok cerita Titanic ngan mama. Aku tengok lelaki tu peluk perempuan yang berlakon dalam cerita tu. Aku tanya mama.

“Mama, adik nak peluk A***** macam lelaki tu boleh tak?”

Mama menggeleng kepala sambil tersenyum.

Keesokan harinya, selepas perhimpunan, aku berjalan beriringan dengan dia. Tanpa segan silu aku bertanya.

“kau tengok cerita malam tadi tak?”

“tengok,tapi ayah kite suruh kite tido awal.”

“kau tengok sampai mana?”

“sampai lelaki tu peluk perempuan tu.”

“aku pun tengok sampai situ jugak,pastu….”

Kau memelukku erat-erat, tanpa sempat aku menghabiskan ayatku.

“kenapa kau peluk aku?”

“tak tau.”

Aku terharu.

Sepanjang kelas,aku asyik tersenyum sendiri mengenangkan kejadian itu.

Keesokan harinya, aku datang ke kelas seperti biasa. Tapi aku membawa sekeping kad berbentuk hati yang aku buat khas untuk kau. Mama pun tak tahu yang aku tidur lewat malam tadi semata-mata nak menyiapkan kad itu.Dalam kad tu tertulis semua angan-angan dan impian aku bersama kau. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau.

Tiba-tiba pengetua datang ke kelas aku.





“Selamat pagi murid-murid. Cikgu nak beritahu satu berita buruk. Kawan kamu, A***** telah meninggal dunia malam tadi,akibat penyakit jantung berlubang. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.”




Kad berbentuk hati terjatuh dari peganganku. Pandanganku terasa gelap.

Kenapa kau pergi secepat ini? Setelah begitu banyak kenangan indah dan manis yang kita cipta bersama, segala memori yang kita cipta, kau pergi meninggalkan aku.

Yang paling aku sedih, kau pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesananan untukku.

Aku pasrah. Ini semua adalah kehendak-Nya. Namun, walau apa pun keadaannya, aku mahu kau tahu, yang aku benar-benar menyayangimu, ATIKAH..




Siap!!

Inilah taruhan aku untuk contest JIKA DIA JADI MILIKKU

anjuran cik ADIBAH MAZLAN & ABE LONG.


Aku nak tag:

Sherinarinzz

Livelaughloveofaida

p/s-aku tetap sayang LU.

p/s-mintak maaf kat sesape yang rasa tertipu ngan entri aku pasal KISAH KAWAN YANG PERGI tu..member aku masih sihat walafiat lagi..belum arwah pon..sorry ye..^_^

24 Mei 2011

KISAH KAWAN YANG PERGI....





SILA PASANG LAGU AIZAT-PERGI SEBELUM MENERUSKAN PEMBACAAN



















Selalunya,

Kau duduk sebelah aku..

Dengan baju kemeja kotak-kotak.

Seluar slack colour hitam lusuh..

Berkasut sukan adidas putih stripe biru..






Selalunya,

Kita selalu bersama..

Sama-sama bangun lambat..

Sama-sama submit assignment last minute..

Tapi kau budak Dekan,dan aku budak cukup makan..





Selalunya,

Kita bertolak bersama-sama..

Kau dengan scooter step kau,aku dengan lagenda usang aku..

Kau JLQ,aku BGP..

Kau memang laju,aku memang macam lembu..




Kau,

Memang selalu susahkan aku..

Memang selalu buat serabut kepala aku..

Memang selalu buat aku risau..


Kini,

Aku keseorangan..

Tiada tembat bermanja..

Ku disisih dihina..

Oh, hinanya..

Diriku tanpamu di mata

Ku hanya seluar ungu, tidak bermakna….



kalau kau tiada,

aku nak pinjam scooter siapa?

aku nak kacau siapa?

aku nak pinjam perfume CK siapa kalau keluar ngan LU?

aku nak pow siapa kalau tak cukup duit nak lunch?

Kini,

Aku akan merindukan mu..

Jangan risau,kawan..

Ipod touch, Scooter step, sweater Giordano, Speaker free, kertas kosong TESCO A4..

Akan aku jaga sebaik-baiknya…

Jumpa dalam masa 4 bulan lagi, kawan!



19 Mei 2011

BILA 4 JEJAKA MENONTON NUR KASIH THE MOVIE




mintak simpang sangat-sangat..

tapi itulah yang terjadi petang tadi..

aku dan 3orang housemate aku pergi the mines semata-mata nak tengok NUR KASIH THE MOVIE..

aku xtau camne aku boleh terjebak dengan semua ini..

aku tak follow cerita NUR KASIH,tapi aku layan cerita CINTA TIKAR SEJADAH.

aku tak kenal pelakon NUR KASIH,tapi aku kenal pelakon ADAMAYA.

so kami pon tgk la cerita tu..

komen aku?

macam-macam ada...

seram,romantik,kelakar,tak logik,pelik,comel,seksi,busteh,dan lain-lain..

paling xsangka,ada jugak pelakon fevret aku,si mia sara!!!


p/s-gambar diambil dari google

walaupon dialog die sikit2 je,tapi pedulik hape aku..die sangat comel!!

sebelum balik, aku bercadang g timbang berat badan..nak tau berapa??



turun 4KG!!!!!


xsangka..padahal sabtu lepas,aku timbang berat dah naik sampai 64kg...

pedulik hape aku..asalkan sihat,alhamdulillah...


p/s-lepas tengok cerita NUR KASIH THE MOVIE ni,rase cam nak kahwin la pulak..nnt boleh dapat anak comel cam mia sara..hee..

p/s/s-lawa syiakk ayu raudhah...untunglaa zaquan...xpe2..tiz zaqyah single lagi..haha!

17 Mei 2011

menang contest,the mines,TUTTI FRUTTI!



alhamdulillah, hasil karangan aku telah berjaya memenangi pertandingan "BLOG PALING SIMPLE TAPI BEBAS". hadiah berupa topup itu sangat melegakan hati ini..sape nak kasi free topup celcom 40hengget n maxis 10 hengget berrrrooo??

usha SINI kalo nak bace cerita aku.


nampak x?kalo xnmpak,sila klik gambar..

tghri td LU kol,cakap die odw g bangi,nak kidnap aku...jalan2 kat the mines,tgk PRIEST (malas nak komen..aku nk tgk KONGSI senanye,tp da sold out)

tapi yang paling syiok,g TUTTI FRUTTI!!!!!

layan ouh...naseb bek la LU yang payong...



eh,kedai ni dah bukak tau..gamba ni aku amek dari FB..

itu sahaja untuk hari ini..

selamat hari wesak!

p/s-sabtu ni nak tgk wayang kat JJ bukit tinggi..ade sesape nak folo?


14 Mei 2011

budak gemuk baju pink ditemui di IKEA





ini benar..xmungkin silap di mana-mana..baru duduk rumah sebulan,dah naik sampai 5 kg..nasib baik xduduk uma sampai 4 bulan...mahu lihat bukti?



xjelas??tgk yang ni lak..






masih xnmpak?klik gambar untuk tumbesaran


perasaan? gembira,mungkin...tapi kenapa tang perut je yang semakin naik..dem!


tapi tak mengapa kerana LU kata,dia xkisah..itu yang aku sangat suka!!!

jadi, aku malas nak tulis banyak-banyak..bukan ada sapa nak baca pon..baik aku bubuh gambar..




makanan 1

makanan 2

makanan 3

budak gemuk

budak gemuk no 2

budak batak duk atas kerusi mahal IKEA

bunga IKEA yang mahal juga..

budak kacak yang serba PINK

kat rumah xde,so inilah masanya nak poyo..


erk..gamba ni xde motif..




thanx kat LU sebab bawak aku jalan-jalan..im havin fun at IKEA n SMART as well..^_^




KALAH, MENANG, IKEA, GEMUK, PIALA

mahu update siket je..sok aku update kaw2 punya..

arini pergi IKEA..sangat teruja sebab first time masuk situ..selalu pergi e-curve je.. Padahal baru 3 kali pergi

seronok, penat, kenyang, pokai.

cukup untuk hari ini..

GLORY GLORY MAN UNITED..

GLORY GLORY RED GIANT? WADEHEL????

naseb baik xpergi stadium malam semalam..kuchiwa bai kena titik 5-1..sokay..2nd leg kita bantai 5-0 lak!!


have faith...........



p/s-aku tetap penyokong selangor sampai bila-bila!

p/s-td timbang berat kat IKEA..64kg???sudah naik 5 kilo bai...adakah aku terlalu bahagi ketika ini....ohmaigod...



11 Mei 2011

"blog paling simple tapi Bebas"

ok,aku join kontest lagi..

aku xmo ngarut panjang-panjang..nnt xdpt feel cerita aku..

nak tau syarat2 kontest, usha sini..

inilah nukilan aku..



VILLA DARUL FALAH

Sarah menolak pintu Darul Falah Villa. Pintu terbuka. Die meninjau- ninjau ke dalam. Sunyi dan sepi. Selang beberapa langkah, pintu tertutup sendiri seolah-olah ada yang menolaknya. Bunyi berdentum membuatkan Sarah tersentak dan menoleh kejap. Tiada sesiapa di situ.

“Selamat datang, Sara.” Satu suara wanita menyapanya. Namun,tidak pula kelihatan pemilik suara itu.

Sara membatukan dirinya dari menyahut sapaan itu.

“apa mahumu, Sara?” kedengaran suara itu lagi.

Sara tetap mendiamkan diri. Membiarkan suara itu berkata- kata sendiri.

“Kehadiranmu membuatkan aku terjaga kembali dari lenaku yang panjang, Sara.” Suara wanita itu semakin rancak seolah- olah tidak mahu berhenti. Kemudian kedengaran suara itu tertawa halus.

Sara dapat menangkap suara itu datangnya dari tingkat atas. Perlahan-lahan dia menaiki tangga yang melengkung ke sebelah kanan itu. 15 anak tangga kesemuanya. Pintu-pintu bilik tertutup rapat kecuali sebuah pintu sahaja yang luas ternganga,seperti manantikan kedatangan tetamu istimewanya.

Sarah memberanikan dirinya mendekati bilik itu. Setibanya di muka pintu, serta merta langkahnya terhenti. Di pintu jendela, kelihatan seorang wanita yang berpakaian seperti gaun pengantin putih sedang merenungnya.

“Siapa awak?” tergagap-gagap Sara bersuara.

Pertanyaan Sara tidak berjawab. Sara melangkah lagi menghampiri wanita itu. Wanita itu menutupi wajahnya dengan sehelai kain putih bercorak bunga mawar.

“Awak..seorang pengantin……..” luah Sara.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Sara menyingkap kain penutup wajah wanita itu.

Apabila kain wajah itu disingkap, Sara terundur sehingga terlanggar dinding dekat bingkai jendela. Dia terkejut besar. Kejutan yang boleh menghentikan jantung. Sepasang matanya terbeliak. Nafas Sara mengah, tercungap-cungap. Rasa jantungnya berhenti berdetak.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




“LA..KATE MIDDLETON RUPENYE..HONEYMOON KAT SINI KE..MANA SUAMI?”

Setelah berbual, Sara pun pulang ke rumah.

TAMMAT.



amacam?ok ke x ni?


inspirasi dari novel yang aku nga bace skang ni..^_^


sila la suke ye..


p/s-nantikan entri mengenai "7 THINGS"...

p/s/s-sejak ade p1,rase cam ari2 nak update blog..haha!

10 Mei 2011

oh novel pertamaku...






selalunye,

aku pinjam je novel dari memembe...

tapi ni la first time aku beli novel sendiri..

LU pon beli gak..tapi die punye tebal tahap kalau-aku-bace-mesti-aku-rase-nak-koyak tebalnye..



ni aku punye



ni LU punye..



tolong jangan pertikaikan kenape aku beli novel melayu..aku bukan xmahir berbahasa inggeris..aku cume malas nak refer dictionary kerap sgt....

korang macam la power sgt BI..extradition pon korg xtau kan..LU pon xtau gak..haha!

bermulalah semester baru di UNITEN PUSAKA TERSAYANG... nak tgk time table?

abaikan tang fees tu..name pon IPTS,harus lah beribu2 kan..^_^


p/s-sabtu ni mahu ke IKEA..nak beli patung angry birds kaler kuning!

p/s/s-dah ade p1! boleh la bertumbuk secara maya ngan LU tetiap malam pasni..( hon,u got wut i mean,aite...)

07 Mei 2011

bila si gagah lagi perkasa tersentuh hatinya.....





" Who says there's nothing more complicated than e=mc² ? There's something much more complicated:
it's called emotions. "






dem,aku layan novel lagi..... tapi sumpah best cerita tu! thumbs up la miss HLOVATE!



aA+bB


P/S-arini aku rasa sangat gay bila tengok wayang berdua ngan jantan..thanx ZAKI! memang xnyesal tengok FAST & FURIOUS 5!

P/S/S-selamat hari MAMA! ANGAH SAYANG MAMA!

P/S/S/S-pulang ke bangi esok hari...selamat tinggal banting!