23 April 2012

Bercerita Soal Mati

Maaf, entri agak serius.

Jumaat lepas,20 April 2012, aku kehilangan atuk, menjadikan aku sebagai cucu yang tidak lagi memiliki atuk dan nenek.

Aku duduk sebelah mama masa pak Imam baca Talkin. tiba-tiba aku jadi sebak. Aku cuba untuk tenangkan diri tapi gagal, lalu aku menangis semahu-mahunya. Mama menenangkan aku, tapi airmata tetap mengalir laju.

Memang aku sedih sebab kehilangan atuk, tapi bukan itu sebab utama aku menangis ketika itu.

Aku menangis sebab aku membayangkan kalaulah mama atau abah, atau along mahupun adik aku yang pergi meninggalkan aku dulu. Cukup kuat ke aku tuk terima kenyataan yang semacam tu? aku tak sekuat Hidayah, aku tak sekuat Azra Ain. Aku tak tahu macam mana mereka kumpul kekuatan untuk terima hakikat yang mereka dah kehilangan ibu bapa.

Aku tak berani nak cerita kat mama kenapa aku menangis hari tu. Aku takut nanti mama pun nangis sama.

Jadi, pengajaran daripada entri ini, hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa.

Mama,Abah,Along,Adik, Angah sayang semua!





7 ulasan:

♥ uchul curly ♥ berkata...

lik this :)

Gieyana berkata...

rindu my family..x sbar nk blik kg this weekend...:-)

un-har berkata...

sabar padle, semua oarang melaui saat ini, cuma cepat atau lambat je. aku pun baru kehilangan satu2nya atuk ak yang ada, awal tahun ni sedangkan aku beribu batu jauh. sedih mmg sedih tapi ingatlah hikmah disebalik takdir itu. hikmah tu yang beri kita kekuatan.

kay_are berkata...

gambar ko mase kecik? atuk.. aku dah lame takde atuk.. lame sangat dah tu.. hmm.. betul2 kne sayang family sampai bile2

E'in berkata...

aku pun syg family aku wey!!!! huhu.. alfatihah utk atuk kau..

Unknown berkata...

padle, takziah. maaf, AQ lambat tahu. banyak2 sabar. :'(

Syafiqah. berkata...

Innalillah, baru tau.

Goose bump baca entry ni! Motivasi terbaik untuk diri ialah mati. Hidup adalah syarat untuk mati, dan kita semua dah cukup syarat tu. Semoga kita mati dengan pengakhiran yang baik.
"Duhai kuburku, semoga dikau senang menerima kedatanganku."