08 April 2012

RAGAM dan KERENAH

gambar courtesy of Instagram. 070412,IamNeeta,FridayKingRoad,Couple,Liyana Fizi,OJ Law, Massacre Conspiracy.
MyAcousticAffair, Wisma Bentley, Mutiara Damansara. She and me was there!


Kembali ke tajuk asal.

Banyak perkara yang aku dapat belajar semasa aku bekerjaya sebagai penjaga kedai bundle ni. Jelingan yang berbaur sinikal dah jadi macam makanan ruji aku,apatah lagi kena perli dengan makcik-makcik, terutamanya yang bertudung kuning, kereta Myvi tu..(aku duk tunggu je bila makcik tu nak singgah jumpa aku lagi).

Jadi, aku kasi shortlist la, biar mudah untuk dibaca :

1- Sesiapa yang cakap berniaga bundle ni tak untung mana, anda boleh pergi meninggal.

2- Berniaga bundle ni mudah, cuma perlukan modal dan lokasi yang strategik.

3- Bila kau dah kerja di kedai bundle, secara automatik knowledge kau pasal barang-barang rare ni akan meningkat. Contoh, aku baru tau Uniqlo ada keluarkan jeans yang xpakai zip, tapi button, macam Levi's 501.

4- Kebanyakan kaki-kaki bundle berasal dari Pantai Timur. Nepal dan Bangla tu cume buat-buat busy je.

5- Kau secara automatik jadi peramah, dan mendapat kawan baru. Contoh, customer ajak aku jamming di Jalan Reko, padahal kenal pun tak..Abang Asfar, abg memg power rolling drum time kita jamm lagu Singapura Kuala Lumpur malam tu. Tapi lagu Cinta Muka Buku by Najwa Latiff pun not bad juga kan..kahkah!

6- Gaji yang diberi mungkin tak seberapa, tapi aku nak kasitau kau, kerja aku yang goyang kaki, main ukulele, dengar radio dari pukul 5 sampai 10 mlm je dah nak sama gaji ngan mereka yang kerja bagai nak putus urat di Pakli Kopitiam. so ok la tu kan?

7- Ramai yang datang bundle, nak carik barang kualiti tinggi, tapi nak harga murah je..chait!

8 - Ini yang paling crucial. Don't judge a book by its cover. Dalam entri ni, dia jadi, jangan menilai seseorang melalui seluar dan selipar jepun yang dipakainya. Aku selalu terkena dengan perkara sebegini. padahal brader pakai seluar pendek, selipar Jepun tu la yang akan beli Levis 501 pada harga RM299.

Cukup lah tu 8. Nanti dah resign aku tambah lagi.


p/s- rindu Ulfah, tapi rindu gua kat LU lagi ketat pastinya!

3 ulasan:

Camy Alya berkata...

Wahh, aku suka bundle!!

Terutama seluarr. hihi.

malayneum berkata...

online kan lah...sng aku nak beli nnt =)

kay_are berkata...

kat bundle r nak jumpe design yang pelik2.. g pun ade gak barang2 bundle yang kualiti kan? mahal pun ade.. ape pun yang penting keje tu halal.

psst: banyak r ko nye roger, num pun takde.. kalau betul, takde makne tutti fruiti, aku nak rimba, tak pun gear box. ahakz!