29 Disember 2011

EXAM MOOD

circuit analysis 1
jumaat,30/12
9-12pm
DSS

dynamics 1
jumaat,30/12
3-6pm
DSS

thermodynamics 1
selasa,3/1
9-12pm
DSS

manufacturing process
jumaat,6/1
3-6pm
DSS

Islamic studies 2
sabtu,7/1
9-12pm
library


wish me luck..

p/s; pas exam, aku nak main ukulele sampai hebat!

23 Disember 2011

UKULELE itu sangat ohsem!






salam hari sabtu.

ok, straight to the point.

sila rujuk title entri ini.

ya,ukulele, bukan pecel lele.

aku mula meminati ukulele ini semasa aku menyertai Relay For Life 2011 di UKM, bangi.. Relay For Life ni adalah satu event yang mana kita akan berovernight sambil memperingati mereka yang telah pergi akibat kanser.nak tau lebih detail, usha sini

time tu ada satu grup yang memasing duk main lagu "Hey Soul Sister" menggunakan ukulele sambil berjalan mengelilingi trek stadium UKM. dorang sangat happening, membuatkan aku terus follow mereka sambil usha2 ukulele yang dorang duk main tu..

ni lah brader2 otai ukulele

so time tu aku sempat la belajar chord 'C' dan cuba untuk main lagu keluang man, tapi tak jadi sebab xtau chord..maklumlah, aku hanya ada basic gitar, bukan ukulele.

tgh nak belajar chord 'C'

lepas malam tu, aku berazam untuk memiliki sebuah ukulele. aku usha internet, ingatkan bajet bawah seratus inggit boleh la aku angkat satu, tapi aku silap. ukulele yang paling murah pun dalam dua ratus lebih. aku frust..

dipendekkan cerita, kezen aku gtau aku kat JJ bukit tinggi ada jual Ukulele brand Ashton, harga pun kira tahap yang mampu milik. aku pun terus suruh dia belikan satu untuk aku. dan kini, ukulele sudah pun berada di tangan aku!

memang payah sket nak main ukulele ni, cara nak pegang, chord, strum, semua lain,tak sama macam gitar..tapi memandangkan aku ada basic gitar, so aku cepat sket tangkap chord2 ukulele ni..*bangga

kesimpulannya, ukulele ni adalah salah satu alat muzik yang menarik dan mudah dibawa ke mana- mana. nanti kalau aku dah power sket, aku cover lagu 'kantoi' pastu aku post kat blog ni,insyaAllah..





ukulele aku



so sila lah dapatkan ukulele di kedai-kedai muzik berhampiran anda! ^^

p/s-stdy week dah start!

p/s/s- LU dah balik KB..keseorangan lah aku 2minggu ni...

18 Disember 2011

sahabat dan kekasih itu sama pentingnya




Ashiq- seorang pelajar kejuruteraan mekanikal di salah sebuah kolej swasta yang mana yuran pengajiannya untuk satu semester mencecah RM8 ribu.

Amri- seorang pelajar kejuruteraan elektrikal di sebuah universiti di Adelaide, Australia di bawah tajaan JBA

Asmidah- seorang gadis



sebelum amri fly ke german, dia tak pernah bercinta, hatta, bercakap dengan wanita pun dia gugup,kecuali dengan mamanya. hidupnya banyak dihabiskan dengan bersosial bersama sahabat handainya. Ashiq adalah salah seorang teman rapatnya.mereka sangat rapat. belajar bersama, main gitar bersama,semuanya bersama senang cerita.



genap 2 tahun belajar di KINTEC, maka terbanglah Amri ke Australia, dan dia terpisah dengan sahabat baiknya itu. Di Adelaide, Amri tak punya ramai kawan Malaysia, terutamanya lelaki Melayu. yang perempuan ramai lah. nak taknak, dia terpaksa memberanikan diri bersahabat dengan Asmidah sebab mereka satu jurusan. dalam masa yang sama, amri tidak lupa berhubung dengan Ashiq menerusi facebook,twitter,skype dan oovoo.tapi tidaklah kerap sangat.maklumlah, sorang di australia, sorang di malaysia. sementara itu, persahabatan amri dan asmidah berjalan dengan lancar.amri tidak lagi malu-malu kucing macam dulu.

setelah beberapa bulan berkawan, maka perasaan sayang berputik dalam hati Amri. berbekalkan kata2 motivasi yang diambil dari google, Amri pun meluahkan perasaannya kepada Asmidah, dan dia tidak bertepuk sebelah tangan. jadi, bercintalah mereka berdua di bumi kangaroo itu.

amri tidak lupa untuk memberitahu ashiq akan berita gembira itu. ashiq tidak terkejut sebab setiap kali mereka chat di skype, amri akan bercerita mengenai asmidah.

hari demi hari, amri semakin rapat dengan asmidah, sampaikan hampir semua status di facbook dan twitter miliknya akan terselit nama asmidah seperti "hari ini makan dengan eda", "teman eda belajar main gitar", "eda period hari ini", dan lain2 lagi.

dan sejak daripada itu, amri semakin jarang berhubung dengan ashiq. pernah juga ashiq menghubungi amri melalui skype, tapi tak pernah berjawab walaupun amri appear online. jauh di lubuk hati ashiq, dia berasa kecewa kerana sahabatnya itu sudah tidak mengendahkannya sejak ada kekasih.

suatu hari, tanpa diduga amri menghubungi ashiq.

"wei shiq, aku de problem ngan aweq aku ni"

"yeke?ape masalahnye am?"

"dia merajuk sebab aku lupe nak tweet selamat pagi kat dia"

"sebab tu je ke? kalau sebab tu, aku tak tau nak kasi pendapat ar..k la, ade hal..gtg..salam"

**ashiq is no longer available


setelah dari itu, hubungan amri dan asmidah terputus di tengah jalan. begitu juga dengan persahabatan amri dan ashiq. ashiq seakan-akan sudah tawar hati dengan sahabatnya itu. ashiq merasakan bahawa ramai lagi sahabat yang boleh menggembirakannya selain amri. maka tinggallah amri keseorangan di Adelaide. tammat





kesimpulan, tak kisah lah kau nak bercinta bagai nak gila, tapi member jangan kau buat derk je.

member2 kau lah yang boleh hepikan kau time kau bergaduh ngan awek kau tu.

member2 kau lah yang kasi idea nak beli hadiah ape tok bday awek kau.

member kau lah yang teman kau g meminang awek kau.

member kau lah yang jadi pengapit masa kau bersanding nanti.

member kau lah yang kasi semangat kat kau masa kau bercerai talak satu ngan bini kau nanti.

p/s- post ini ditujukan kepada empunya blog..takde niat nak tuju kat sape2 pon.

30 November 2011

koleksi buku FIXI


sangat-sangat lama tidak mengupdate blog..
bukan busy, sibuk pun jauh sekali..
aku dilanda kemalasan yang teramat sangat..

ok,cukup..

entri kali ni aku nak promote something..





ya,aku kini meminati novel2 yang berunsur indie..

buku-buku keluaran #Fixi ni aku rasa memang sesuai ngan jiwa aku yang xberapa nak jiwang sangat.dengan gaya bahasa yang bebas dan tak terikat ngan tatabahasa bahasa kebangsaan. kira kalau kau baca buku keluaran #Fixi ni, kau xde la rasa macam kau tengah membaca novel Bukit Kepong ataupun Konserto Terakhir ataupun novel2 KOMSAS yang pernah kau baca masa sekolah menengah dulu.


first novel yang aku baca, Kougar. aku memang tak tahu maksud kougar ni..rupanya maksud kougar ni wanita yang sukakan lelaki yang lebih muda. thanks Izzi!

setakat ke hari ni, aku dah ada buku Kougar, Jerat, Ngeri, Zombijaya, Kasino, Dendam ngan Pecah. banyak la tu kan..

pastu ada 1 lagi buku yang aku rasa kalau kau tak baca, maka kau masih belum layak lagi digelar rakyat Malaysia. nak tau?




ya, buku ini sarat dengan fakta mengenai pasukan bola sepak Malaysia, daripada zaman SuperMokh hinggalah ke zaman SuperSafee. buku ini turut menyelitkan kekesalan penulis terhadap FAM ataupun Sultan Bola yang dilabel sebagai faktor utama kejatuhan bola sepak negara.

kalau rasa2 nak beli buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD), boleh la dapatkan di sini. kalau nak pinjam buku aku pon boleh, xde hal..^^


oh ya, aku juga memiliki Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor. ok bye.

p/s- demam, tolong la kebah!

08 Oktober 2011

MENJEJAKI ISTANA BUDAYA



8 Oktober 2011,

hari yang sangat istimewa, sumpah aku tak tipu..

macam tak percaya aku pergi Istana Budaya hari ni..

Teater The Secret Life Of Nora lakonan Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Adibah Noor, Pak Nil & lain-lain memang sangat mengkagumkan!



aku suka dengan watak Pak Nil yang pelat 'R'..die sebut 'R' tu jadi 'W'.

NORA Pak Nil sebut NOWA.

RAUB, Pahang Pak Nil sebut WAUB.

first time tengok teater secara live, duduk area VIP lak tu..maklumlah, seat harga RM200++ kott.^^

klik SINI untuk review pasal teater ni..

untuk LU,

thanks for everything..

impian untuk ke Istana Budaya dah menjadi kenyataan..

saya sayang awak!

dan untuk 105 orang yang wish birthday aku ketika aku sedang menulis post ini, thanks a lot!


merchandise yang sempat disambar

p/s-umur dah meningkat, harus ubah mentaliti..








28 September 2011

malas, aku memang malas

salam..

rujuk tajuk entri ni..
aku memang sangat malas untuk update blog,walaupun banyak perkara yang terjadi baru-baru ini..
so, tengok je lah gambar2 ni k!










p/s- tak lama lagi dah nak oktober..untuk LU, bersiap sedia ye...gua dah list down kan..tinggal pilih je... ^^

12 September 2011

SAHABAT SELAMANYA


lagu tema untuk entri ini-sahabat selamanya,padi



antara sengaja dan tak sengaja...

tapi tak mengapa..

semua sudah selesai..

kau pun dah maafkan aku,walaupun aku tau bukan sepenuhnya..

aku janji aku takkan ganggu kau lagi..

kita masih berkawan kan..

iA, panjang umur, murah rezeki aku, aku ganti benda tu...

kahwin nanti jgn lupe anta kad jemputan untuk aku..



-minta maaf tak bermaksud kita bersalah, tapi itu lebih baik daripada masing-masing bermasam muka mempertahankan ego

-tak salah kalau kita melupakan ego kita demi untuk kebaikan bersama

-kalau semua dengan ego masing-masing, takkan ada masalah yang akan selesai

-biar kita yang mengalah, bukan ke itu lebih baik?

-berkawan bukan untuk sehari dua, tapi untuk selamanya




gambar raya 2010..






14 Ogos 2011

ARMAN DAH TAK NAKAL LAGI.


background music-hari bersamanya-shiela on 7



di suatu malam yang sunyi..

arman teringatkan mamanya..

sudah seminggu arman tak jenguk mamanya di rumah..

sihat ke mama, arman pun tak tahu..

hati arman tergerak untuk menelefon mamanya..

arman melihat ke arah jam tangan CK celup yang dibeli dari The Mines..

sudah pukul 1.15 pagi..

"aku tak kira!aku mesti kol mama malam ni juga!"

tutt tutt..

tutt tutt..

tutt tutt..

di saat arman hampir meletakkan telefon bimbit sony ericssonnya, ada suara kedengaran dari telefonnya..

"angah?kenapa kol mama malam-malam ni?angah ada masalah ke?angah selseme ke? nak mama datang sana sekarang ke?"

"takde apape la mama..angah saja nak tanya khabar mama..mama sihat?"

"mama ok je..petang tadi baru lepas buat kuih raya."

"petang esok angah dah nak start exam.doakan angah ye.."

"hari-hari mama doakan angah.. angah belajar betul-betul tau..jangan lupa sahur..kalau nak apape kol je mama,nnt mama datang sana"

"............."

"angah selseme eyh..makan panadol,pastu terus tidur..esok sambung baca buku balik."

"ok,ma..bye,assalamualaikum."

tiba-tiba arman terasa sebak. entah kenapa arman merasakan yang dia terlalu merindui ibunya..

arman berlari ke bilik air dan menangis sepuas-puasnya...





mama, tunggu angah balik umah ujung bulan ni,kita kemas rumah sama-sama tau!^^

11 Ogos 2011

KISAH ARMAN YANG NAKAL


arman, budak yang nakal..
masa kecik-kecik, selalu ponteng terawih..
belum habis terawih 8 rakaat, arman dah sendawa kekenyangan sebab bantai makanan moreh..

arman,budak yang nakal..
masa kecik-kecik, selalu curi-curi makan masa bulan puasa..
bila nak g ambil wuduk je,die bantai minum air paip sampai kembung perut..
bila mama dah abes masak lauk untuk berbuka puasa, die curi-curi makan ayam seketul..

arman, budak yang nakal..
masa kecil-kecil, selalu curi makan kuih raya..
bila mama tengah sembahyang, dia pergi dapur, ambil segenggam kuih siput masuk dalam poket..
bila abah tengah siap-siap nak pergi surau, dia bukak peti ais, makan chocolate rice yang mama beli kat econsave untuk buat kuih raya..

tapi sekarang arman dah besar..
semua itu tinggal kenangan..



inilah arman..nakal betul budak ni...



dem, aku rindu rumah lagi!

03 Ogos 2011

CLUELESS THURSDAY


exam dah dekat..

carry marks tak banyak mana..

boleh ke aku survive sem ni..

sewwramm nih..!




p/s-rindu masakan mama..mahu pulang ke banting!

01 Ogos 2011

-AKU dan RAIHAN-

gambar diambil dari google
zamri lahir pada tahun 90-an..ketika zaman kecilnya,inilah lagu yang sering dinyanyikan oleh beliau dan kawan-kawan


"iman adalah mutiara, di dalam hati manusia..
yang meyakini,Allah...maha Esa, maha kuasa.."


Daniel lahir pada tahun 2000,dan lagu yang sering dinyanyikan oleh beliau dan kawan-kawan

"maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu..
fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu..
bagaimana ku nanti..bila kau tak di sisi..yang ku ada hanya kamu saja"



masa aku sekolah tadika dulu, raihan tengah top gile..aku sampai nangis-nangis soh abah belikan kaset raihan sebab aku minat gile lagu iman mutiara..dan ya, abah belikan aku kaset Raihan..

tipu lah kalau kau tak pernah dengar lagu raihan..

aku hafal sifat 20 pon sebab lagu raihan..

Mael kenal 25 rasul pon sebab lagu raihan..

Rozie boleh baca lafaz niat haji yang labbaikallahumalabbaik tu pon sebab lagu raihan..

tapi zaman adik aku sekarang ni dah lain..

ye lah, zaman berubah..

nasyid zaman sekarang pon dah lain macam je aku dengar..

eh, ada lagi ke kumpulan nasyid zaman sekarang ni?


p/s-salam ramadhan..jumpa di bazar ramadan PKNS Bangi setiap hari bermula pukul 6.30 petang!

23 Julai 2011

kau kutuk defender malaysia,macam kau hebat sangat


tak dinafikan,

memang semua kecewa dengan kekalahan malaysia di tangan singapura.

tapi adat lah tu kan..takkan asyik nak menang je..barcelona pon pernah kalah..

tapi yang tak sedapnya, kat twitter tak abes-abes nak kutuk player malaysia, especially defender kita..

kmon la brader..diorang dah cuba yang terbaik..bukannya diorang duk tengok je player singapore tu shoot bola..

gua bukan bias walaupun Asraruddin Putra tu defender Selangor..

gua bukan bias,walaupun Safiq Rahim tu player Selangor..

gua bukan bias,walaupun Safee Sali tu ex-player Selangor..

kita belum kalah lagi ar..

ada second leg khamis depan kat bukit jalil..

sape2 yang duk kutuk malaysia tu, kalau berani turun bukit jalil la nanti.. Lu orang goyang apa?
kalau goyang kasi potong la orang 'punya' bagi anjing makan la...

pesanan dari member gua,

itu kubu mesti mau tampal balik mana-mana yang retak,kasi simen balik! Go Tigers Go!




budak ni nak cakap yang MALAYSIA BOLEH sebenarnya..



20 Julai 2011

PENJAGA GOL MALAWI PON ORANG PANGGIL APEX JUGAK!

Salim Tasiman..

Penjaga gol Malawi yang amat disanjungi. Kehebatan dan ketangkasan beliau menjaga gawang gol pasukan negaranya, Malawi semasa kejohanan BFF Kawasaki Cup 2010 begitu memberangsangkan. Maka tidak hairanlah beliau mendapat kepercayaan oleh L.Rajagombak untuk menjadi penjaga gol no. 1 Malawi. Beliau bukan sahaja hebat di padang, malahan ketampanan beliau menyebabkan ramai gadis kulit hitam Malawi menggilai beliau. Tetapi sayang, Salim Tasiman sudah punya kekasih hati yang mendapat jolokan nama Kaki Banting kerana beliau memiliki Tumblr yang banyak memaparkan gambar dan kisah hidup beliau bersama Salim Tasiman.

Hari demi hari, nama Salim Tasiman semakin dipuja. Setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malawi, pasti nama Salim Tasiman akan didengari di corong-corong radio mahupun daripada pengulas sukan Denyut Gelanggang, Zainol Abadan Abada.

Tetapi, entah mengapa, taring dan kehebatan Salim Tasiman semacam sudah pudar. Salim Tasiman melepaskan banyak gol-gol mudah ketika menentang satu kelab daripada Peru,Liversnooker. Kelab Liversnooker sememangnya mempunyai ramai pengikut di negara Malawi ini. Mereka sangat fanatic terhadap kelab ini, sehingga menganaktirikan pasukan negara mereka sendiri, yakni Malawi.

Esok Salim Tasiman dan rakan-rakannya akan menanti kunjungan sebuah lagi kelab elit dari Gombak,iaitu Chelaka. Kelab Chelaka juga mempunyai ramai pengikut yang mungkin lebih fanatic dari pengikut pasukan Liversnooker. Kita mengharapkan Salim Tasiman mampu menampilkan persembahan yang lebih berkualiti setaraf dengan kedudukannya selaku penjaga gol no. 1 Malawi.

Sekian, terima kasih.

15 Julai 2011

aku pakai jersi malaysia,kenapa kau tak BOO aku?

sial la..ptuih!


kalau buffer lambat sangat, klik je sini..kalau xboleh tengok gak....

sial la..ptuih!


kebetulan aku dapat training pass free smlm..siap ade lebih 1 lagi...

kebetulan aku pakai baju andy warhol..

kebetulan petang tu jersi Harimau Malaya aku xkering lagi..

kebetulan jugak macha tu pakai baju man utd..

kebetulan jugak tahun ni man utd takde buat tour kat malaysia..

kebetulan jugak lah macha ni kena tibai..

sial la..ptuih!


lu dah salah langgar tempat orang, brader...

nasib baik dorg tak kasi abes je kat lu..

tu belum abang long dil masuk campur lagi..

kalau tak confirm dah arwah punye...


tapi gua berbulu betul la..

sukati dia lah nak pakai baju ape pon g stadium..

kalau lu sume piss off ngan dia, xpayah la nak malukan die kaw2..

sial la..ptuih!


tapi brader2 yang pakai jersi malaysia,

awek2 hot rambut blonde pakai skinny biru n berjersey malaysia,

mat2 indon pakai baju ed hardy celup sambil jerit kat wartawan soh amek gamba die,

lu orang xde lak nak sound mereka2 itu...

lu orang xsuruh lak awek tu tanggalkan pakaian mereka..

gua tensi la camni...

sial la..ptuih!



p/s-esok gua nak join relay for life kat UKM ngan LU..jom support cancer patient!






10 Julai 2011

SKINNY TOPMAN UNTUK DIJUAL!







MARI MARI! LELONG LELONG!

SAYA MAHU MENJUAL SKINNY KESAYANGAN SAYA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT.

ALASAN-DAH TAK MUAT..BADAN SEMAKIN MEMBESAR!







SAIZ- 30,TAPI SAIZ 29 PON BOLEH MUAT RASANYA..

KONDISI-TIP-TOP.TIADA SEBARANG KECACATAN.

HARGA-RM85 TAPI BOLEH NEGO..

SESIAPA YANG MAHU BOLEHLAH MENGHANTARKAN KOMEN ANDA
PADA ENTRI INI ATAUPUN BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN INI 019-3703990.


thanx!





agak-agak aku boleh kena tangkap tak?




salam hari ahad.



ini hanyalah pandangan aku..




-tak payah la nak marah & mengamuk tak tentu pasal kalau cuti anda dibekukan. itu memang tanggungjawab anda untuk mengawal keamanan negara.

-kalau tak sanggup nak pikul tanggungjawab, pakai baju pagoda lebih sesuai dari pakaian itu.

-pergi secara aman, kenapa dibalas sampai sedemikian?

-mereka guna kotak suara sebagai senjata, kenapa tidak anda?

-mereka datang dengan satu harapan, tapi mereka pulang dengan penuh luka dan lebam di badan. apa cerita?

-sekarang zaman sudah moden. kalau anda baling batu, anda takkan dapat sorok dari kami.




no offence.have a nice day!


p/s-mata gua berkaca tengok MIA SARA AMANI kena marah dengan LISA SURIHANI kat muvi SEKALI LAGI. tapi abang tetap minat adik AMANI sampai bila-bila!

01 Julai 2011

NORA ELENA, KL GANGSTER, MALAYSIA VS TAIWAN



tengah panggil budak-budak shark nak pancung jai

kawan baik,macam ajib & malek

muke puas dapat pancung shark

ABANG LONG JIL IN DA HOUSE YAWW!!


p/s-bila bola,nora elena & kl gangster bersatu, memang haru biru jadinya..

p/s/s- pengaruh seth tan menguasai diri ini..dem!

28 Jun 2011

Wordless Wednesday #WW 5


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)


p/s-iA aku turun!

25 Jun 2011

Aku menghidap KOUTALIAPHOBIA



Ini kisah benar. Aku baru menghidap penyakit "koutaliaphobia". Aku tak minta pon penyakit "koutaliaphobia" ni..aku lebih rela menghidap Bibliophobia, Gerascophobia, Hematophobia ataupun Illyngophobia daripada menghidap "koutaliaphobia".

Semua gara-gara nak sangat kerja part time kat hotel!


Ingatkan dapat la jadi waiter,pakai vest hitam sambil usha gadis-gadis hot dan seksi kat ballroom..

Ingatkan dapat serve makanan & tuang air sirap limau kat meja VIP & VVIP.

Ingatkan dapat hidang sup tulang kat meja awek rambut blonde..

Rupa-rupanya aku kena kerja belakang tabir daa..

tapi itu semua pengalaman..

experience is the best teacher, aite..

dan pengalaman semalam membuatkan bicep aku membesar..^^

Alhamdulillah..


bersama DANUR a.k.a abang besar

Test pon dah habis, boleh marathon NORA ELENA sampai habis!dah episode 11 skang ni..


P/S-,rakan2 sekalian dimohon utk : Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C) :\ Program Files \ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10 , cari gmbr b,nama J0285926.Anda akan temukan gmbr Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka).Sebaiknya korang delete! Gmbr t,sebut ada di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA!

23 Jun 2011

RAHSIA ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR

ABAIKAN TAJUK ENTRI SAYA.TERIMA KASIH






Kulai (bukan nama sebenar) dulunya seorang ahli sukan yang hebat. Bukan hebat di padang, malah hebat di ranjang dalam kelas juga. Semua pelajar wanita tergila-gilakan Kulai. Maklumlah, Kulai kan kacak lagi bergaya.


Kulai mewakili daerah Seremban dalam sukan bolasepak. Kemahiran beliau menggelecek dan memperkotak katikkan pehak lawan membuatkan beliau digeruni oleh semua orang. Tidak hairanlah beliau mendapat jolokan Kulai the Well Rounded.


Tapi Kulai ada satu rahsia yang sangat besar. Sekiranya rahsia ini tersebar, sudah pasti popularity beliau akan jatuh merudum umpama result test Differential Equation aku . akan tetapi, Kulai bijak menyembunyikan rahsia itu.


Pada suatu hari, Kulai berdating dengan salah seorang peminat nombor 32 nya yang bernama Ratha (bukan nama sebenar). Mereka berdating di The Mines saja, kerana elaun sem 2 Kulai masih belum masuk lagi. Tah bila elaun tu nak masuk, Kulai pon tak pasti. Sedang mereka bersiar-siar di sekitar The Mines, Ratha ternampak kedai makan kegemarannya, yakni VEGETARIAN ONLY (bukan nama kedai sebenar). Ratha mengajak Kulai singgah untuk lunch di situ. Peluh jantan mula membasahi tubuh Kulai. Kulai takut rahsia beliau terbongkar.


Soalan- apakah rahsia yang disorokkan oleh Kulai?

Hint-benda hijau…^_^




p/s- test static pukul 8-9mlm ni..wish me luck!

p/s/s- LU berseronok berholiday,aku berseronok dengan quiz & test..

21 Jun 2011

Wordless Wednesday #WW 4















Wordless Wednesday :
Pada hari RABU, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)


refer di sini:


p/s-masih bz lagi minggu ni...jumaat ade test static..wish me luck!

p/s/s-hidup bujang tanpa LU di sisi memang menyakitkan!

15 Jun 2011

Wordless Wednesday #WW 3

lokasi-kelas islamic studies,pukul 3.30petang




Meaning of Wordless Wednesday :
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



13 Jun 2011

cerita kontot mamat kontot kuat kentut PART 3

part 1 baca sini

part 2 baca sini






gambar dari google



Dah seminggu kau tak datang kelas. Seminggu tu jugalah aku pinjam pembaris Harith. Selalu aku pinjam pembaris kau. Aku tanya Teacher Noraishah pasal kau, dia boleh marah kat aku pulak. Jaga tepi kain sendiri, dia kata. Aku senyum kelat,sebab aku tak faham maksud ayat Teacher Noraishah. Mungkin dia period. Sebab tu dia mengarut pasal kain.



Suatu pagi, sedang aku beratur kat kantin nak beli roti coklat, tiba-tiba bahu aku dicuit dari arah belakang. Aku ingatkan kaki pow mana yang nak buli aku,jadi aku buat-buat tak tau sambil berdoa pada tuhan agar aku tak diapa-apakan.



“Palee! Aku panggil kau,bole kau buat dono je. Takkan kau tak rindu kat aku kot..”


Eh,kau dah datang sekolah! Tapi kenapa kau nampak kurus? Apa yang telah terjadi pada kau?



Bersambung..



p/s- nak stdy DE ngan Linear ni..minggu ni ada test..wish me luck bebeh!

p/s/s-tahniah untuk Terengganu jadi juara piala FA..tapi tahun depan piala tu milik SELANGOR!!!

11 Jun 2011

SANDARKAN PADA KENANGAN VERSI BOLA


Gambar dari google



Stadium bukit jalil…

Dah lama aku tak ke sana..

Lama aku tak makan kuaci sambil tangan sebelah pegang horn macam vuvuzela tu..

Lama aku tak beratur panjang beli tiket kat sana..

Lama aku tak menjerit bagai nak gila sampai hilang suara aku untuk 2,3 hari..

Lama aku tak mencarut ke arah pengadil sambil menjerit, PENGADIL BODOH!

Lama aku tak pakai jersi SELANGOR ke sana..







Dem..

Kalaulah SELANGOR yang masuk final malam ni,

Confirm sekarang ni aku dah dalam van, bersesak-sesak ngan kgkawan 1 kampung ke stadium..

Confirm sekarang ni tangan aku tengah pegang bendera merah kuning..

Confirm abang aku tengah hisap rokok di seat hadapan van..

Confirm sepupu aku tengah melalak lagu gergasi merah,nyanyian KRU..

Aku sangat merindui suasana FINAL..

Piala FA dah terlepas..

Insya allah, piala Malaysia SELANGOR yang punya!!!


abang aku yang name Dpek..Ya,kami adik beradik!



p/s-malam ni nak sokong Terengganu!

p/s/s-harap-harap matyo score lagi malam ni..^_^

07 Jun 2011

Wordless Wednesday #WW





Maksud Wordless Wednesday :


Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

04 Jun 2011

UNTUNG LAH SEMUA KENAL KAU..


Seronok kan..

Ke mana kita pergi, ada saja yang menegur..


Pergi zoo, makcik cleaner zoo kenal kita..

Pergi tengok wayang, abang jual popcorn kenal kita..

Pergi klinik, akak tukang bagi MC kenal kita..

Pergi Topman, cashier kenal kita..

Pergi bayar saman, polis yang bertugas kenal kita..

Pergi BUKIT CERAKAH, akak yang sewa basikal kenal kita..



Oh,indahnya dunia…

Next time kalau nak pergi ke bukit cerakah,pergilah pada hujung minggu dan kalau jumpe akak yang sewa basikal, beritahu dia,

“akak,saya ni kawan AZRA AIN.”

Pasti anda akan dapat berbasikal tanpa beratur panjang di hari minggu. Ini kisah benar. Saya telah mengalaminya semalam. Berbasikal selama hampir 2 jam secara percuma hanya dengan menggunakan cara di atas, Cuma saya membawa tuan punya badan yakni cik AZRA AIN sekali lah..hehe.

Lupa pulak. Nama akak tu, kak tipah.time kasih ye akak!

Apa pun, seronok berbasikal dan bantai ½ ayam di Kenny Rogers bersama AZRA AIN, EKA, dan LU. Dan perut aku kembali membulat seperti dulu..



Eka dan Azra



gua dan LU

Ini kawan baik AZRA SIGNBOARD


inilah hasilnya selepas penat berbasikal




p/s-lepas ni nak main LASER TAG pulak kat i-city! Sape tak tau laser tag tu menatang apa,boleh refer di sini.