18 Disember 2011
sahabat dan kekasih itu sama pentingnya
Ashiq- seorang pelajar kejuruteraan mekanikal di salah sebuah kolej swasta yang mana yuran pengajiannya untuk satu semester mencecah RM8 ribu.
Amri- seorang pelajar kejuruteraan elektrikal di sebuah universiti di Adelaide, Australia di bawah tajaan JBA
Asmidah- seorang gadis
sebelum amri fly ke german, dia tak pernah bercinta, hatta, bercakap dengan wanita pun dia gugup,kecuali dengan mamanya. hidupnya banyak dihabiskan dengan bersosial bersama sahabat handainya. Ashiq adalah salah seorang teman rapatnya.mereka sangat rapat. belajar bersama, main gitar bersama,semuanya bersama senang cerita.
genap 2 tahun belajar di KINTEC, maka terbanglah Amri ke Australia, dan dia terpisah dengan sahabat baiknya itu. Di Adelaide, Amri tak punya ramai kawan Malaysia, terutamanya lelaki Melayu. yang perempuan ramai lah. nak taknak, dia terpaksa memberanikan diri bersahabat dengan Asmidah sebab mereka satu jurusan. dalam masa yang sama, amri tidak lupa berhubung dengan Ashiq menerusi facebook,twitter,skype dan oovoo.tapi tidaklah kerap sangat.maklumlah, sorang di australia, sorang di malaysia. sementara itu, persahabatan amri dan asmidah berjalan dengan lancar.amri tidak lagi malu-malu kucing macam dulu.
setelah beberapa bulan berkawan, maka perasaan sayang berputik dalam hati Amri. berbekalkan kata2 motivasi yang diambil dari google, Amri pun meluahkan perasaannya kepada Asmidah, dan dia tidak bertepuk sebelah tangan. jadi, bercintalah mereka berdua di bumi kangaroo itu.
amri tidak lupa untuk memberitahu ashiq akan berita gembira itu. ashiq tidak terkejut sebab setiap kali mereka chat di skype, amri akan bercerita mengenai asmidah.
hari demi hari, amri semakin rapat dengan asmidah, sampaikan hampir semua status di facbook dan twitter miliknya akan terselit nama asmidah seperti "hari ini makan dengan eda", "teman eda belajar main gitar", "eda period hari ini", dan lain2 lagi.
dan sejak daripada itu, amri semakin jarang berhubung dengan ashiq. pernah juga ashiq menghubungi amri melalui skype, tapi tak pernah berjawab walaupun amri appear online. jauh di lubuk hati ashiq, dia berasa kecewa kerana sahabatnya itu sudah tidak mengendahkannya sejak ada kekasih.
suatu hari, tanpa diduga amri menghubungi ashiq.
"wei shiq, aku de problem ngan aweq aku ni"
"yeke?ape masalahnye am?"
"dia merajuk sebab aku lupe nak tweet selamat pagi kat dia"
"sebab tu je ke? kalau sebab tu, aku tak tau nak kasi pendapat ar..k la, ade hal..gtg..salam"
**ashiq is no longer available
setelah dari itu, hubungan amri dan asmidah terputus di tengah jalan. begitu juga dengan persahabatan amri dan ashiq. ashiq seakan-akan sudah tawar hati dengan sahabatnya itu. ashiq merasakan bahawa ramai lagi sahabat yang boleh menggembirakannya selain amri. maka tinggallah amri keseorangan di Adelaide. tammat
kesimpulan, tak kisah lah kau nak bercinta bagai nak gila, tapi member jangan kau buat derk je.
member2 kau lah yang boleh hepikan kau time kau bergaduh ngan awek kau tu.
member2 kau lah yang kasi idea nak beli hadiah ape tok bday awek kau.
member kau lah yang teman kau g meminang awek kau.
member kau lah yang jadi pengapit masa kau bersanding nanti.
member kau lah yang kasi semangat kat kau masa kau bercerai talak satu ngan bini kau nanti.
p/s- post ini ditujukan kepada empunya blog..takde niat nak tuju kat sape2 pon.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
aiseyhh why so serious meyh? :D Chill la padle
so kre ko ni sma cam watak amri ke ashiq ke asmidah?
hahaha..
Catat Ulasan