29 April 2014

Requested

Atas permintaan daripada bekas rakan sebiliik, aku update blog ni buat bacaan kau yang berada nun jauh di bumi Eropah sana.

Hari ni 30/4/2014, hari Rabu.

Esok 1 Mei 2014, di mana hari esok merupakan cuti umum sempena hari pekerja di Malaysia.

Esok dikhabarkan bakal berlangsungnya satu demo secara aman di Dataran Merdeka kalau tak silap aku, sempena membantah pelaksanaan GST.

Esok juga adalah hari yang penting untuk aku, tapi aku taknak cerita pasal hari esok.

Aku nak cerita pasal kisah kerja aku di The Swirl, yang bermula pada 27 Feb 2014 - 26 April 2014.

Makwe menjenguk pakwenye sedang bekerja
Aku jadi cashier jugak.


Banyak perkara yang aku dapat sepanjang 2 bulan aku kerja di The Swirl. Salah satunya aku dah jadi expert pasal coconut shake. Aku ada terfikir nak buat side income jual coconut shake kat Banting, tapi tu nanti- nanti lah. Lepas tu, aku dapat jumpa artis yang mama minat; Mawi. Aku tak minat Mawi sangat, tapi aku syok tengok anak dia, Cahaya Malaika.

Sepanjang aku kerja di The Swirl, Alhamdulillah tak ada customer yang maki aku, simbah aku dengan air kelapa, ataupun hempuk aku dengan buah kelapa. Boss pun layan aku macam family, siap kasi bonus lagi sebab tahu aku nak pergi bercuti.


22 Mac 2014.
Sepupu aku meninggal dunia.




sepupu dan pakcik makcik di HKL




Aku tengah siap-siap nak pergi kerja dalam pukul 1.45 sebelum Mama call, suruh balik Banting segera, disusuli dengan Whatsapp dari Along, cakap sepupu aku dah teruk keadaannya. Aku call Boss, cakap ada emergency dan terus shoot ke Banting. Aku sampai je rumah dalam pukul 3, Mama menyambut aku dengan kata-kata yang aku dah boleh agak sepanjang perjalanan aku dari Bangi tadi.

"Ngah, Makcik Zura baru call. Khan dah tak ada."

Ok, aku taknak cerita panjang pasal sepupu aku, sebab nanti aku nangis.


Rasanya cukup lah satu entri ni untuk bacaan semua.

Nantikan update aku dalam tempoh seminggu daripada sekarang.





Tiada ulasan: