negara yang bersih, penduduk yang boleh tahan ramai,
cuaca pun sama seperti di Malaysia.
Dari Larkin, kami naik bas ke Queenstown, tapi dalam perjalanan, kami tersalah info dan turun di MRT Kranji. So kami naik MRT dan turun di Orchard Road. perjalanan dari Kranji ke Orchard Road memakan masa 39 minit.
Sampai je di Orchard Road, kami lost sebab tak tahu nak pergi ke mana. Sebenarnya tujuan utama kami ke Singapura ni cuma nak dapatkan cop kat passport je sebab dari 2010 buat passport, tapi tak pernah bercop.
so berjalanlah kami di kota Singapura. lepas Zohor, kami naik MRT ke Dhoby Ghout untuk ke Beras Basah, sebab kami tak tahu nak berjalan ke mana lagi.
sampai di Beras Basah, kami berjalan macamlah kami ni bermastautin di Singapura, padahal tak tahu apapa pun. Kebetulan kami terserempak dengan dua gadis Singapura dan mereka menawarkan untuk menemani kami berjalan-jalan. kami pun berjalan dari Beras Basah hingga ke Esplanade.Dari Esplanade, nampak dengan jelas mercu tanda kebanggaan Singapura; Marina Bay Sands dan patung Merlion.
inilah tourist guide kami.
Lepas bergambar, kami meneruskan perjalanan ( tak ingat jalan kaki ke,naik MRT) ke Jalan Sultan untuk solat dan menikmati Murtabak Singapura yang digembar-gemburkan paling popular di negara itu.
Lepas maghrib, kami menuju ke Marina Bay Sands dengan harapan dapat main air kat Infinity Pool kat tingkat atas hotel tu. disebabkan masalah teknikal, kami tak berjaya main air di Infinity Pool lalu kami kecewa dan sedih dan down dan putus harapan.
disebabkan dah lewat, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Malaysia.
kami tiba di Malaysia pada jam 11.45pm.
itulah sahaja laporan percutian ekspress saya bersama 3 lagi sahabat saya ke Singapura.
next trip; Pulau Pinang, insyaAllah.
2 ulasan:
bestnyer dik..Kak G plan nak g sini Feb next year..tiket bus brp $$ erk? igt nk naik shuttle bus kt depan tune hotel tue jer..
kak gie, kalau dari larkin, tiket murah je..tapi kalau dari tempat lain xtau la saye..
kalau pegi,jgn lupe blikan saye souvenir tau kak!
Catat Ulasan