Jumaat lepas,20 April 2012, aku kehilangan atuk, menjadikan aku sebagai cucu yang tidak lagi memiliki atuk dan nenek.
Aku duduk sebelah mama masa pak Imam baca Talkin. tiba-tiba aku jadi sebak. Aku cuba untuk tenangkan diri tapi gagal, lalu aku menangis semahu-mahunya. Mama menenangkan aku, tapi airmata tetap mengalir laju.
Memang aku sedih sebab kehilangan atuk, tapi bukan itu sebab utama aku menangis ketika itu.
Aku menangis sebab aku membayangkan kalaulah mama atau abah, atau along mahupun adik aku yang pergi meninggalkan aku dulu. Cukup kuat ke aku tuk terima kenyataan yang semacam tu? aku tak sekuat Hidayah, aku tak sekuat Azra Ain. Aku tak tahu macam mana mereka kumpul kekuatan untuk terima hakikat yang mereka dah kehilangan ibu bapa.
Aku tak berani nak cerita kat mama kenapa aku menangis hari tu. Aku takut nanti mama pun nangis sama.
Jadi, pengajaran daripada entri ini, hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa.
Mama,Abah,Along,Adik, Angah sayang semua!