27 Februari 2012

RAGAM SI KAKI BUNDLE


Jumaat,4.35petang.
lokasi- Premium Bundle, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi


akak 1 - dik, akak nak carik jeket tebal ada jual tak?

aku - ade je kat belakang tu, tapi tak banyak la kak. Tengok-tengok la dulu ye
(sambil baca buku Fixi Kelabu)

akak 2 - kau nak carik yang tebal macamane Senah?Ade tebal macam lipstik aku tak?

akak 1 - kalau boleh, aku nak tebal lagi la Ani. aku dengar cerita masa kita nak pergi nanti tu, tengah musim sejuk kata laki aku.

akak 2 - kau biar betul ni? tak pernah pulak aku dengar tempat tu ada musim sejuk

akak 1 - kau tak percaya, takpe lah. tapi nanti kalau kau kesejukan kat sana, jangan haraplah aku nak kasi pinjam jeket tebal aku ni.

akak 2 - .......

aku - (meneruskan pembacaan buku Fixi #Kelabu)


setelah berpuas hati, akak 1 membuat transaksi pembayaran


aku - terima kasih ye kak. saya jual jeket tebal ni.

akak 1 - takde hal la dik. akak memang minat barang-barang bundle ni ( dialog ni aku reka)

aku - akak nak pergi mana ni kak? dah macam nak pegi main salji je beli jeket tebal2 ni

akak 1 - kitorang baru dapat surat dari tabung haji. Alhamdulillah, hujung tahun ni dapatlah akak pegang title "Hajjah".

akak 2 - dah lama kitorang tunggu nak pergi Mekah tau dik. dapat jugak akhirnye g Haji.


aku tersenyum sendirian. mungkin ini trend terbaru agaknye, pakai jeket tebal ke tempat yang bukan musim sejuk.


p/s- gua tau sekarang gua da tak boleh nak jumpe LU selalu, tapi LU kena ingat, yang gua takkan pernah lupa kat LU, sebab gua sayang sangat kat LU.

Gua sanggup terjun demi LU..erk?

3 ulasan:

kay_are berkata...

owh ok.. sejuk eh kat sane? weh!! lame kot tunggu, bile nak terjun??

kindergartenlibrary berkata...

huh ? sejuk ke ?
buang tabiat tu ~
hahaha

un-har berkata...

sjuk dowh. ko xkn xpnah dgr cte yg pdang pasir kt arab turun salji?